seismik

Berjaya Kumpul RM12k, Gadis Ini Ajar Tips Mudah Menabung 'Duit Kahwin' Dalam Masa Setahun!

Tidak mengadakan majlis secara besar-besaran, Shaa serta Ali berjaya mengumpul hampir RM12,000 sempena majlis perkahwinan mereka.

Cover image via Facebook Shaa Ismail & Soya Lemon

Setiap bakal pengantin pasti mengharapkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna

Definisi 'sempurna' pula bergantung kepada setiap pasangan pengantin itu. Ada yang inginkan majlis secara besar-besaran, ada juga yang lebih selesa mengadakan majlis secara sederhana yang hanya tumpukan kepada perkara yang wajib sahaja.

Image via Hanasuva

Namun, dalam memastikan kesempurnaan itu, pastinya setiap bakal pengantin memerlukan kerjasama serta sikap bertolak-ansur dalam semua perkara terutamanya perihal kewangan.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak mahu menggunakan wang keluarga, serta berhutang kepada mana-mana pihak. Bakal pengantin perlu memikirkan cara untuk sama-sama mengumpul duit kahwin demi memastikan kelancaran dalam persediaan majlis perkahwinan yang diidam-idamkan mereka itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Shaa Ismail telah berkongsikan cara dia bersama tunangnya mengumpul lebih RM11,000 menjelang perkahwinan mereka

Dalam postingnya, Shaa atau nama penuhnya Siti Aisyah ismail telah berkongsikan lima cara yang boleh digunapakai mereka yang ingin menyimpan wang simpanan lebih-lebih lagi untuk majlis kahwin, mengikut kemampuan serta kesesuaian masing-masing.

Antara kelima-lima cara tersebut, Shaa telah mengamalkan cara nombor satu yang dilakukan bersama-sama suaminya, Ali Ridhwan idris, sepanjang tempoh pertunangan mereka.

Tidak mengadakan majlis secara besar-besaran, Shaa serta Ali berjaya mengumpul hampir RM12,000 untuk dibelanjakan sempena majlis perkahwinan mereka.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Cara Shaa simpan duit..

1 haribulan - RM 1
2 haribulan - RM 2
3 haribulan - RM 3
4 haribulan - RM 4
5 haribulan - RM 5
6 haribulan - RM 6
7 haribulan - RM 7
8 haribulan - RM 8
9 haribulan - RM 9
10 haribulan - RM 10
Buat sampai 30 haribulan - RM 30

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Wedpedia

Cara 1.

Total 1 hari bulan RM 1, 2 haribulan RM 2, 3 hari Bulan RM 3, sampai 30 haribulan akan dapat RM 465 seorang. Kalau pasangan kita pun buat yang sama × 2 dapat RM 930.00 sebulan.

Andai kata ada 31 haribulan buat sampai 31 haribulan jadi total RM 496 seorang kalau campur pasangan kita, RM 992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM 11,904.00.

Cara 2.

1 haribulan RM 2, 2 haribulan RM 2, 3 haribulan RM 2, buat dari 1 haribulan sampai 30 haribulan ada RM 60.00, kalau pasangan kita buat sekali total RM 120 sebulan, RM 120 x 12 bulan boleh dapat RM 1,440 setahun.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Trip Savvy

Cara 3.

1 haribulan letak RM 30, 2 haribulan letak RM 29, 3 haribulan letak RM 28. Amaun yang sama dengan cara 1, cuma cara terbalik.

Cara 4.

1 haribulan RM 1, 2 haribulan RM 1, 3 haribulan RM 1, buat sampai 30 haribulan dapat RM 30.00. Kalau buat dengan pasangan dapat RM 60.00 sebulan × 12 bulan dapat RM 720.00.

Cara 5.

Kalau mampu letak sekepuk (penuh) bagi pada pasangan untuk simpan. Kalau macam Shaa ada rumah sewa kena bayar, ada motor kena bayar, Shaa simpan sikit-sikit.

Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang. Jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung. Kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik. Cara menyimpan ni Shaa dapat sebab selalu boros.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Soya Lemon

Then memang habis je duit dalam bank. So cara macam ni simpan dalam tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit. Satu untuk belanja harian, satu untuk simpanan.

Macam Shaa gaji dua minggu sekali, abang gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk (penuh). Cara ni duit gaji kita pun nampak kemana. So memang nak gaduh pasal duit takda kot. Harini 1 Disember, boleh la mula menabung. Goodluck gaiss.

Bukan itu sahaja, Shaa juga telah memasukkan wang simpanannya dalam Tabung Haji

Dua bulan sekali boleh masukkan dalam Tabung Haji. Bagus Tabung Haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tangan nak pergi cucuk duit.

Shaa kena bayar sewa rumah juga, motor pun kena bayar. Jadi cara yang kat atas Shaa guna untuk simpan dengan tunang Shaa. Jangan salah faham ye. Shaa bukan duduk rumah parents. So cara mcm ni simpan sikit-sikit inshaAllah boleh.

Ohh ya duit semua better perempuan yang pegang. Lelaki pulak kena selalu monitor. RM 992 × 12 bulan dapat RM 11,904, moga bermanfaat ya.

11/08/19 kami bertunang, 6/12/19 kami baru kahwin.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin mengumpul duit kahwin.

Tidak lupa kepada Shaa dan Ali, selamat pengantin baru!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Leave a comment