"Bukan Along Atau Angah" - Lelaki Ini Kongsi Rahsia Kumpul Duit Kahwin RM33k Dalam 2 Tahun
Bermula dari awal sememangnya begitu penting lebih-lebih lagi buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
Setiap orang mempunyai keinginan untuk berkahwin. Tidak kiralah bila waktunya kerana memiliki pasangan hidup itu merupakan lumrah kehidupan bagi setiap individu.
Nak kahwin, boleh aje kalau sudah mempunyai pasangan dan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Tapi persoalannya, duit simpanan sudah cukup ke?
Lebih-lebih lagi dengan kos perkahwinan zaman sekarang yang makin tidak masuk akal. Semuanya mahal. Rasa macam baik buat majlis pernikahan dan majlis makan secara kecil-kecilan. Tapi nanti ada pula pihak yang terasa hati.
Hmm, pening betul kepala bila fikir tentang perkara ini.
Dah, tak perlu pening lagi.
Buat anda yang sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga namun masih belum ada wang, boleh lihat tips berguna ini:
Tips ini disediakan oleh seorang pengguna Twitter @achier82 yang telah 'membongkar' rahsia bagaimana anda boleh mengumpul duit kahwin sebanyak RM33k dalam masa 2 tahun sahaja.
Perkongsian ini juga kini meraih sebanyak 6 ribu retweets dan 8 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Lihat penuh di bawah:
Ini bukan Ah long, Angah atau Alang ya. Anda hanya memerlukan disiplin dan lakukan tips ini dengan konsisten sahaja.
Tips simple dan terbaik yang boleh anda ikuti seperti di bawah:
Hasilnya memang berbaloi.
Dengan hasil titik peluh anda menyimpan selama 2 tahun, bolehlah anda mendirikan rumahtangga bersama yang tersayang dengan wang yang dikumpul.
Dividen Terkumpul
= RM14,500
Surrender Value
=RM100,000 - RM97,735
= RM2,265
Total seorang
= RM14,500 + RM2,265
= RM16,765
Total bersama pasangan
= RM16,765 x 2
= RM33,530
Sebenarnya, menyimpan dengan ASB Financing ini memang akan memudahkan lagi urusan anda untuk mengumpul wang
Setuju atau tidak? :)