‘Duit Hantaran Tu Bukan Lelaki Saja Perlu Fikir’ – Pesanan Buat Gadis Yang Mahu Kahwin

"Yakin pada diri anda dan yakin pada ketentuan Allah. InsyaAllah, semuanya berjalan lancar." – Cik Lyeen

Enlarge text
Cover ImageCover image via Cik Lyeen/Facebook

Bila bercakap soal kahwin, pastinya macam-macam benda akan bermain di fikiran. Yelah, orang kata kahwin ni kalau boleh nak sekali saja seumur hidup, jadi mestilah nak pastikan ia adalah yang terbaik, kan?

Tetapi untuk menjadikan ia yang terbaik, kedua-dua belah pihak, sama ada pihak lelaki atau pun pihak perempuan perlulah bertolak-ansur dalam segala hal. Pastikan kedua-dua pihak bersama-sama merancang hari bahagia mereka itu nanti dan sama-sama cari duit.

Tidak perlu berbelanja besar dan melampau untuk majlis perkahwinan anda itu nanti. Cukuplah sederhana tetapi meriah dan diingati.

Jadi buat mereka yang hendak berkahwin di luar sana, ini dia sedikit coretan oleh Cik Lyeen di Facebook yang boleh anda ambil kira sebelum berumahtangga:

Cik Lyeen bersama pasangan.

Image via Cik Lyeen/Facebook

Masuk tahun kedua mereka berkawan. Suaminya telah masuk meminang dan ibu bapanya meminta wang hantaran yang agak tinggi daripada pihak lelaki. Tetapi Cik Lyeen cuba berbincang dengan ibu bapanya untuk menurunkan sedikit wang hantaran tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via zanaidea.blogspot.my

Setelah semua diuruskan secara atas talian, akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba. Hatinya berdebar-debar, jantungnya 'dupdapdupdap'.

Bak kata Cik Lyeen, dalam urusan wang hantaran janganlah serahkan semuanya pada lelaki. Dan lelaki, jangan juga terlalu ambil remeh dan berikan semuanya pada wanita. Kedua-dua pihak perlu bersama-sama berusah mencari jalan.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS: