seismik

Berkhidmat Lebih 22 Tahun Tapi Gaji Tak Sampai RM2,000, Kesian Posmen Dilayan Macam Bangla

Kesian abang posmen.

Cover image via imgur.com

Barangan yang dikirimkan melalui pejabat pos hilang atau lambat sampai?

Bungkusan yang dihantar abang posmen rosak dan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan?

Image via Herba Kosmet

Aduan-aduan sebegini sering dibangkitkan oleh orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan pos di negara ini.

Bukan itu sahaja, individu pertama yang akan menjadi sasaran kemarahan pengguna ialah posmen. 

Pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan terhadap mereka walhal mereka sudah bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Sudahlah asyik kena maki hamun dengan pengguna, tapi gaji mereka pun sebenarnya tak seberapa.

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa terkilannya mengenai nasib pekerja Pos Malaysia yang didakwa tidak diberi layanan yang sepatutnya

Slip gaji salah seorang posmen di Pos Malaysia.

Image via Facebook Hakimi Mohd

Dalam satu posting yang dikarang Hakimi Mohd di laman Facebook miliknya, dia berkongsi tentang nasib seorang posmen yang meskipun sudah bekerja lebih 22 tahun di syarikat pengeposan itu, namun gaji pokok yang diterima oleh posmen berkenaan hanya berjumlah RM1,848.00.

Setelah dicampur dengan elaun, RM2,403. Ditolak dengan beberapa potongan bulanan, jumlah yang tinggal hanya sekitar RM1,120 sahaja.

Dalam perkongsiannya itu, Hakimi juga memohon pihak atasan dan yang berkuasa untuk mempertimbangkan nasib para posmen ini yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, Hakimi turut berkongsikan beberapa gambar kesusahan yang dialami para posmen dikala menjalankan tugas

Kesiannya abang posmen. Sebab itu kita janganlah kasar kalau barang yang kita order sampai lambat. Mereka dah cuba sedaya upaya mereka untuk beri perkhidmatan terbaik.

Semoga nasib abang-abang posmen kita terbela!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: