Barang Lambat Sampai 2 Hari, Posmen Ditampar Pelanggan Hingga Luka Dan Patah Cermin Mata
Barang sampai lambat tapi tidak perlulah sampai menggunakan keganasan!
Barangan yang dikirimkan melalui pejabat pos hilang atau lambat sampai?
Bungkusan yang dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju rosak dan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan?
Aduan-aduan sebegini sering dibangkitkan oleh orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan pos di negara ini.
Bukan itu sahaja, individu pertama yang akan menjadi sasaran kemarahan pengguna ialah posmen.
Pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan terhadap mereka yang bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @xie_xiey telah meluahkan rasa amarahnya apabila rakannya yang bertugas sebagai posmen telah ditampar ekoran menghantar bungkusan lewat 2 hari
Insiden ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang turut tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit
Mangsa yang terpatah cermin matanya akibat ditampar bagaimanapun telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian tidak diingini itu berlaku
Kita sebagai pengguna berhak untuk mendapatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik, namun kita juga haruslah bersikap rasional dan berpada-pada tanpa perlu menggunakan keganasan lebih-lebih lagi kepada abang posmen
Tanpa abang-abang posmen yang memakai pakaian seragam berwarna merah dan putih ini, maka tiadalah bungkusan atau surat yang akan sampai ke rumah kita.
Kerjaya dan tugasan sebagai seorang posmen tidaklah semudah yang disangka kerana ianya memerlukan kecekalan, kesabaran malahan minat yang mendalam terhadap profesion tersebut.