seismik

Bermula 1 Februari, Anda Boleh Jelaskan Saman Tertunggak Di Subang Jaya Hanya RM10 Sahaja

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah membuat pengurangan bayaran saman bermula Febuari hingga April 2018.

Cover image via Paultan

Bermula pada 1 Febuari ini, semua saman MPSJ yang tertunggak boleh diselesaikan dengan hanya membayar sebanyak RM10 sempena promosi tahunan

Image via Rojak Daily

Anda boleh menarik nafas lega dengan diskaun yang bakal diberikan oleh MPSJ nanti. Semua bayaran saman telah dikurangkan amaun kepada jumlah sama rata iaitu RM10 sahaja. Tidak perlu risau untuk bayar beratus-ratus untuk saman yang terkumpul.

Image via Hafiz Rahim

Promosi ini akan diadakan bermula awal bulan Febuari sehingga April 2018 sahaja. Jadi kepada yang mempunyai banyak tunggakan, boleh membuat pembayaran di mana-mana kaunter MPSJ dengan harga yang sama rata (flat rate).

Diskaun ini akan diberikan kepada semua orang yang menerima saman kesalahan trafik KECUALI kesalahan di bawah Perintah 2 dan Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) MPSJ 2012

Kempen ini juga adalah sebagai salah satu inisiatif yang telah diambil untuk mengelakkan penunggang atau pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan kompaun daripada dikenakan tindakan pihak mahkamah selain boleh meringankan beban mereka.

Pembayaran saman boleh dibuat melalui sistem online atau offline MPSJ

Image via utusan.com.my

Anda boleh menikmati diskaun tahunan MPSJ ini dengan membuat pembayaran di lokasi berikut:

  • Laman web MPSJ
  • Kaunter Pandu Laju
  • Kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan
  • Kaunter Bergerak
  • Sistem MPOS

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kempen Bayar Kompaun Lalulintas MPSJ ini, boleh hubungi pihak mereka untuk keterangan lebih lanjut

Talian tetap: 03-80263153 atau 08-80263289
Laman web: MPSJ Official Portal

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wiper rosak pun boleh kena saman? Betul ke? Baca sini:

WOW! Modal RM2,000 pun boleh ubah suai rumah dengan cantik macam ni?! :O

You may be interested in: