seismik

"Besar Mak!" - Sauk Ikan Guna Tudung Saji, Gelagat Si Anak Teruja Ini Buat Ramai Terhibur

Fuh, anaknya paling 'function'.

Cover image via @eiqyrafi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masyarakat di kampung lebih serba boleh dalam pelbagai kemahiran surviving berbanding di bandar

Sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan suasana kompleks yang membantu untuk mereka kurang bergantung pada teknologi.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat seorang mak cik yang selamba menyauk ikan guna tudung saji telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eiqyrafi Replying to @tatehrahmanputra jangan cakap tak legend laa #fyp #fyp #fypviral #mak #banjir #foryourpage original sound - Pudingcaramelz

Selamba sauk guna tudung saji, anak di sebelah pula yang lebih-lebih

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @eiqyrafi di TikTok, dilihat gelagat seorang mak cik yang berani menyauk seekor ikan keli dengan hanya menggunakan tudung saji miliknya.

Apa yang lebih melucukan adalah gelagat si anak yang ada di sebelahnya pula dilihat excited kerana melihat seekor ikan keli bersaiz lengan lelaki dewasa berjaya disauk oleh maknya.

"Dapat ikan, Ikan bapak besar oi! Mak aku oi mak aku!" jeritan lelaki itu kerana terlalu bangga.

Lihat video lain di bawah:

"Ya Allah anak jantan mak, bersungguh bagi semangat dekat mak ye" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 914.3K tontonan, 72K tanda suka dan 964 komen di TikTok.

Rata-rata netizen kagum dengan keberanian mak cik itu. Malah, ada pula yang terhibur dengan perangai si anak.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh bang, min yang tengok ni pun tak tau nak react apa dengan perangai awak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: