Bilal Sebuah Masjid Di Kedah Ditangkap Kerana Memiliki Dadah Jenis Heroin

Apa nak jadi lah dunia zaman sekarang.

Seorang lelaki yang dikatakan Bilal sebuah masjid di Kedah telah ditangkap kerana memiliki dadah jenis Heroin

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muezzin merupakan salah seorang yang ditangkap oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Nada) kerana didakwa memiliki dadah jenis Heroin semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Sejahtera, Pendang, Kedah pada malam semalam.

Bilal yang berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 11 malam bersama lima orang lagi pesalah yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 43 tahun

Image via DocumentaryTube

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zaher Hamid selaku ketua Nada Pendang berkata, "2.75 gram dadah jenis Heroin yang dirampas daripada Bilal tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk memudahkan siasatan."

Ahmad Zaher juga berkata agensi itu juga menahan 16 orang di Kubur Panjang, Keda Tanjung Setol, Kampung Kubang Pisang, Kampung Pulau Machang dan Mukim Air Putih untuk membantu siasatan lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment