seismik

BNM Bekukan 92 Akaun & Sita Barangan Mewah Lebih RM30 Juta XFOX Market

Wang tunai lebih RM4.85 juta termasuk mata wang asing, mata wang kripto, kereta dan barangan mewah telah dirampas.

Cover image via Facebook & Central Banking

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu 12 premis XFOX Market Sdn Bhd serta beberapa entiti yang lain

Menurut laporan Berita Harian, serbuan itu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan. Beberapa dokumen dan barang dirampas untuk membantu siasatan. 

Aset yang terdiri daripada emas, wang tunai lebih RM4.85 juta termasuk mata wang asing, mata wang kripto, kereta dan barangan mewah telah dirampas. 

Tambahan lagi, 92 akaun bank berjumlah RM25.4 juta dan safe deposit box juga dibekukan. 

Image via Facebook

"XFOX Market diambil tindakan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan" - BNM

Kesalahan itu termasuk dalam Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Seksyen 112 dan 113 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Entiti tersebut sudah pun disenarakan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Jun 2023.

Image via Berita Harian

Serbuan dilakukan untuk membanteras jenayah kewangan di Malaysia

"Di bawah bidang kuasa BNM, sabitan bagi kesalahan di bawah Seksyen 137(1) FSA kerana menerima deposit tanpa lesen membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

"Sabitan di bawah Seksyen 4(1) AMLA membawa hukuman penjara hingga 15 tahun bersama-sama denda sekurang-kurangnya lima kali nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi," dalam satu kenyataan di laman web BNM.

Orang ramai disarankan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai skim kewangan haram dengan melayari halaman Tindakan Penguatkuasaan BNM.  

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berwaspada untuk membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: