Remaja Perempuan Umur 13 Tahun Pandu Kereta Laju Di Kawasan Taman, Siap Bawa Adik Beradik
Difahamkan, kejadian itu telah kerap berlaku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang perlu mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan
Sebagai contoh, had umur untuk seseorang memandu adalah pada umur 17 tahun dan mempunyai lesen memandu.
Namun, baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan salah seorang wanita merakam tingkah laku tak wajar yang dilakukan remaja berumur 13 tahun.
Selamba bawa kereta dengan laju, adik-beradik juga ikut
Menerusi video berkenaan, seorang wanita Cina merakam tingkah laku remaja yang tidak sewajarnya. Difahamkan, wanita Cina itu tinggal di taman yang sama dengan remaja tersebut.
Dapat dilihat, sebuah kereta Viva dipandu laju dan bahaya. Apabila diberhentikan, seorang remaja perempuan yang berumur 13 tahun memandu kereta itu bersama dua adik-beradiknya di tempat penumpang.
Wanita tersebut merakam sambil memberitahu remaja itu tidak sepatutnya memandu kereta jika belum cukup umur. Dia juga mengajak remaja tersebut pergi ke balai polis untuk menyelesaikan isu berkenaan kerana kejadian itu telah dillakukan berulang kali.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!