'Bodyguard' Kena Tembak Di KLIA Sebenarnya Ganti Rakan Cuti Raya, Ini Profil Mangsa
Mangsa mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mangsa kes tembakan di KLIA yang berlaku pada 14 April lalu dikatakan masih tidak menyedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal sehingga ke hari ini
Menurut laporan Kosmo, rakan sekerja kepada mangsa, Norhafiza Azizan, 29, memberitahu mangsa perlu menggantikan tugasnya kerana dia diberikan cuti untuk pulang berhari raya di kampung oleh majikannya itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana terlepas daripada jadi mangsa peristiwa itu, namun berasa sedih kerana rakan yang ganti saya pula parah kena tembak,” katanya ringkas.
Tetapi siapakah mangsa ini?
Dalam satu laporan The Straits Times, mangsa, Mohd Nur Hadith, digelar Along, telah bekerja dengan Syarikat Perkhidmatan Pengawal Peribadi Elit sejak empat tahun lalu dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai pengawal peribadi, kata Rashid Ratag, pengarah syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia juga melaporkan, mangsa telah bertugas dengan syarikat tersebut sejak empat tahun lepas.
“Dia memang seorang yang terlatih dalam membuat kawalan keselamatan. Disebabkan individu yang menggunakan perkhidmatan kami berisiko tinggi jadi kita memilih Along untuk menjadi pengawal peribadinya.
“Tidak sangka, Along benar-benar komited dengan tugasan yang diberikan sehingga sanggup menggadaikan nyawanya,” katanya ketika dihubungi.
Profil mangsa di Facebook syarikat itu menyatakan beliau berumur 37 tahun dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Mangsa dikatakan berkebolehan menjadi pemandu peribadi untuk VVIP serta menjadi pengawal peribadi merangkap pemandu.Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!