[VIDEO] Kantoi Ber-TikTok, Bos Ambil Telefon Pekerja Dan Campak Ke Lantai
Garangnya bos.
Hebat betul penangan TikTok
Sekarang ini kita dapat lihat semakin ramai mula 'melompat' ke aplikasi video yang dikenali sebagai TikTok, terutamanya golongan anak muda.
Aplikasi yang kian popular itu dilihat semakin melonjak naik dari segi rating dan populariti sejak kebelakangan ini, khususnya kerana dipenuhi dengan kandungan video-video pendek yang menarik dan kreatif dari serata dunia.
Kehebatan TikTok tidak boleh disangkal lagi apabila berjaya mengalahkan Facebook dan WhatsApp sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun
Menurut sumber, TikTok buat pertama kalinya berjaya memintas Facebook dan WhatsApp pada bulan Januari dengan catatan muat turun sebanyak 104 juta.
Jumlah ini juga mungkin lebih tinggi sekiranya mengambil kira bilangan muat turun di China yang tidak menggunakan servis Play Store dan App Store.
Demam aplikasi TikTok nampaknya turut 'berjangkit' kepada wanita ini
Dalam sebuah video yang tular di Facebook Perak Press, seorang wanita bekerjaya dilihat telah dimarahi oleh majikannya selepas didakwa terlalu asyik berswafoto dan leka bermain aplikasi TikTok di pejabat.
Video berdurasi 44 saat itu memaparkan adegan wanita tersebut diherdik oleh majikannya itu dengan nada suara tinggi, malah telefon pintarnya turut dilempar ke lantai sehingga tercabut.
Lihat video penuh di sini.
Persoalannya, adakah tindakan bos wanita itu melampau? Netizen memberi reaksi yang bercampur baur di ruangan komen.
Namun majoriti tidak boleh menerima tindakan bos tersebut sambil menganggap dia tidak mempunyai hak untuk merosakkan harta benda persendirian, walaupun pekerjanya itu melakukan kesalahan.