seismik

Chef Muda Ini Dipecat Selepas Kantoi Meludah Ke Dalam Hidangan Pelanggan

Dia juga memuat naik tweet berbaur perkauman sejak Disember 2019.

Cover image via Twitter

Seorang chef yang berkhidmat di sebuah hotel tempatan dengan bangganya berkongsi di Twitter bahawa dia meludah ke dalam hidangan pelanggan

Baru sahaja beberapa hari lalu, dia memuat naik satu tweet yang mengatakan dia seronok kerana dapat meludah ke dalam hidangan pelanggan Cina.

Image via Twitter

Tweet di atas mendapat perhatian warganet yang kemudiannya ditularkan ke dalam sebuah online forum.

Sejak tular, lelaki ini segera memadam akaun Twitter miliknya itu.

Bukan itu sahaja, warganet mendapati bahawa lelaki ini turut memuat naik tweet berbaur perkauman lain sejak Disember 2019

Kebanyakan tweet perkauman yang dimuat naik dilihat ditujukan kepada warga Cina. Satu per satu cacian diberikan kepada kaum ini tanpa sebarang tapisan.

Image via Twitter

Berdasarkan profilnya, lelaki ini merupakan seorang chef di Hugo's In The Sky di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands.

Image via Twitter

Dalam pada Malaysia dilanda kecelaruan politik, lelaki ini turut menyeru orang ramai supaya jangan biarkan kaum Cina memerintah

Image via Twitter

Manakala pada 24 Disember lalu, dia turut menyebut perkataan 'kafir' dalam tweet-nya disertakan dengan sekeping gambar hidangan.

Image via Twitter

Terbaru, restoran tersebut memberi maklum balas dengan menyatakan bahawa chef muda tersebut telah dipecat

Mereka juga berjanji untuk mengambil langkah-langkah yang lebih serius untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku pada masa akan datang.

Hugo's In The Sky

Image via Malaysia International Gastronomy Festival

Dalam satu kenyataan rasmi, pengurus besar Hotel Grand Ion Delemen, Tee Yih Fung berkata chef tersebut mengakui dia membuat kenyataan peribadi berbaur perkauman di media sosial tanpa berfikir secara rasional.

Beliau juga mengesyorkan bahawa makanan yang disajikan di restoran itu sentiasa diawasi oleh Executive Sous Chef sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Baca kenyataan penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan jadi rasis ok guys!

You may be interested in: