seismik

'Rasis Gila!' - Wanita Ini Tak Sangka Percutian Di Korea Boleh Jadi Seteruk Ini

Betul ke orang Korea macam ni?

Cover image via Dian Raih / Facebook

Orang kata kalau pergi bercuti ini ikut rezeki masing-masing juga, ada orang semuanya memori indah belaka namun ada yang nauzubillah

Bagi wanita ini yang hanya dikenali sebagai Dian Raih, dia berkongsi pengalamannya ketika berkunjung di Seoul, Korea Selatan yang nampaknya banyak memberi memori duka kepadanya.

Dia berkongsi pengalaman buruk tersebut di Facebook Backpackers Buddies Malaysia di mana dia perlu berhadapan dengan masyarakat rasis di ibu kota tersebut.

Dian (dua dari kanan)

Image via Dian Raih / Facebook

Baca di bawah:

"Hi oullssss... selepas seminggu balik dari Seoul, Korea baru hari ni dapat share pengalaman aku kat sana. Aku tak mahu share itenary sebab ramai yg dah share.

"Bagi aku negara kita gak the best. Dari segi layanan kita pada orang luar. You know what. Aku rasa diaorang ni racist giler. Not spreading the hatred but this is what happen to us," tulisnya.

Tambahnya lagi, bukan sekali dia berdepan dengan insiden itu namun berkali-kali membuatkan hatinya tawar untuk kembali menjejakkan kaki ke negara yang dikenali dengan muzik korean pop itu

"Satu. Kalau gi makan kat cafe depa, semua kena ada order at least sorang satu, tapi aku tengok table orang dia duduk empat org air dua je, takpe.

"Dua. Baju ke apa ke tak boleh pegang apa lagi nak try. Tiga. Kat tag tulis 10,000 won dan-dan harga naik 100,000 won padahal baju achik-achik macam kat pasar malam tu je.

"Empat. Kalau kita duk sebelah dia, tak kira la dalam tren ke apa, tiba-tiba dia bangun pergi duduk tempat lain terasa taw. Lima. Nak minta tlg nk tanya arah ada yg kita panggil buat2 tak dengar, lepas tu jeling kita. Eiii.

"Dan macam-macam lagi sebenarnya, dengan bag tertukarnya... Aishhhhh pada aku memang takde reason untuk aku datang korea lagi. Hati terubat dengan scenery yang cantik," tulisnya lagi.

Susulan itu, kelihatan ada yang bersetuju dengan perkongsian wanita tersebut dan berkongsi pengalaman buruk mereka ketika bercuti di sana

Bagaimanapun, ramai yang turut bercanggah pendapat malah berkongsi pengalaman mereka mendapat bantuan oleh rakyat Korea Selatan

Macam mana pula pengalaman anda yang pernah pergi ke Korea? Kongsikan dengan kami!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: