seismik

Pagi Tiba Di Korea, Petang Dah Balik KL, Lelaki ini "Dihalau" Pulang Kerana Satu Sebab

Kesiannya.

Cover image via BocahLanang SuDirwan / Facebook

Bayangkan dah travel jauh-jauh ke Korea Selatan, tiba-tiba disuruh untuk patah balik pada hari yang sama

Image via blogspot.com

Bunyi macam tak logik, kan? Lainlah kalau dari KL pergi Johor, lepas tu patah balik ke KL. Yang itu langsung tak ada masalah.

Tapi ini Korea. Jauh tu!

Perkara ini dialami sendiri oleh seorang lelaki, BocahLanang SuDirwan apabila dia diarah untuk pulang ke Malaysia sebaik saja menjejakkan kaki di bumi Seoul, Korea

Saudara BocahLanang hanya sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Incheon sahaja kerana gagal melepasi kaunter imigresen selepas tiba di sana.

Menurutnya, pegawai di sana mengawal pintu masuk negara dengan begitu ketat kerana mereka amat memandang berat terhadap isu lambakan pekerja asing yang semakin hari semakin tidak terkawal.

Walaupun beliau datang untuk melancong, pegawai di sana menyangka beliau datang ke Korea untuk bekerja sebagai buruh haram, lalu terus dihantar pulang.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pengalaman ke Negara k-pop 'balik hari'

Tujuan penulisan ni adalah disebabkan kerana banyak kawan-kawan yang baik bertanyakan nasib aku semasa berada di sana dan juga sebagai pengajaran serta pengatahuan kepada kawan-kawan di luar yang ingin pergi ke Korea.

Untuk makluman semua, sekarang ini memang kerajaan Korea memandang berat terhadap isu lambakan pekerja asing di negara tersebut. Hal ini menyebabkan mereka telah mengadakan kawalan ketat di pintu masuk negara mereka. Mana-mana pelancong yang mereka rasa meragukan tanpa sebarang alasan akan terus dihantar pulang pada hari yang sama.

Haa macam itulah aku kena pada 4/10. Aku tiba di Incheon Airport lebih kurang jam 8 pagi dan dihantar pulang ke Malaysia pada jam 4.30 petang pada hari yang sama.

Gambar sekadar hiasan

Image via South China Morning Post

Jadi, apa sebab aku kena hantar pulang?
Macam ini ceritanya...

Bermula dengan tidak mengisi jenis pekerjaan di borang ketibaan dan seterusnya berakhir dengan penghantaran pulang. Seperti negara-negara lain yang aku pergi sebelum ini, kebiasaannya aku tidak pernah isi jenis pekerjaan di dalam borang ketibaan dan boleh diterima tetapi kali ni aku terkandas.

Pegawai imigresen bertanya dengan nada yang keras, "What's your job?"
Aku cuma cakap "government servant."
"What type?" (mungkin dia nak tanya bahagian apa)
Aku terus jawab "fisheries."

Nah, lepas itu terus dia tak faham.
Mungkin dia ingat aku nelayan gamaknya terus aku dibawa ke dalam bilik pengasingan.

Benda pertama buat kat dalam tu mereka mintak cop 2 jari telunjuk kanan dan kiri. Tangkap gambar sekeping dan dia bagi form suruh isi. Semua data yang nak kena isi dalam form tu sama macam arrival card cuma form dia dalam bentuk A4.

Aku ingat tak ramai dalam bilik siasatan, sekali penuh manusia. Ramai pelancong dari Thailand masa tu. Ok nak dipendekkan cerita aku tunggu lebih kurang 4 jam ke 5 jam sebelum dipanggil untuk siasatan. 4-5 jam tanpa diberi makan. Lapar? Perasaan cuak itu melebihi segalanya.

Semasa menunggu masa untuk disoal siasat, aku cuba mintak izin daripada pegawai imigresen supaya nak beri wang dengan t-money kepada rakan yang menunggu di luar. Haram! Permintaan aku ditolak sekeras-kerasnya oleh pegawai tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Image via businessinsider.com

Setelah berjam-jam menunggu, tiba giliran beliau untuk disoal siasat.

Dan pengalaman diasak bertubi-tubi dengan soalan "maut' bukanlah sesuatu yang beliau sangkakan.

Ok masa aku untuk disoal siasat tiba. Aku dipanggil oleh seorang pegawai perempuan dan seorang translater yang boleh cakap Bahasa Melayu. Tapi translater tu hanya pada telefon. Kesemua dokumen yang ada pada aku dia ambil termasuklah wang tunai yang agak banyak untuk diberikan kepada kawan aku beserta 8 keping t-money. Soalan pertama yang dia tanya mengenai pekerjaan aku. So memang aku syak diorang memang meragui dengan pekerjaan aku.

Ok soalan seterusnya dia tanya berapa ramai datang. Aku cakap 8 orang semua skali.
"Sebut nama penuh semua kawan-kawan awak."
WTF. Ingt aku tahu semua nama penuh customer semua ke? Hurmm. Aku cakaplah semua details nama penuh ada dalam dokumen yang dia ambil tadi. Terus dia cakap sepatutnya awak kena tahu siapa nama penuh kawan-kawan awak. Aku dah rasa pahal lak kena hafal semua???

Ok next dia tanya datang untuk jalan-jalan kan? Boleh tahu nak pergi mana? Aku hanya jawab mana-mana tempat yang kami nak pergi. Sekali dia nak details semua nama tempat. Aku keluarkan itinerary kami terus dia rampas dan marah. Awak patutnya tahu mana tempat yang awak nak pergi. Saya nak details. Faham!!

Hey cik imi oii aku first time datang kot kau ingat aku boleh hafal semua nama tempat negara kau? Baik aku hafal Asmaul Husna je. (tapi yang ini aku jawab dalam hati jelah)

Soalan last, "Berapa banyak duit yang awak bawak?" Spontan jawab 2 juta Won sebab semua dokumen serta beg duit aku dia ambil. Nak menipu nanti kantoi pulak jadi aku jujur jelah. Sekali dia jawab kenapa banyak sangat bawak duit? Lah bebal jugak pegawai ni aku fikir dalam hati. Aku jawablah nak bayar hotel sambil tunjukkn reservation hotel dalam fail yang aku bawak. Bayaran pengangkutan sambil tunjuk tiket t-money dan selebihnya untuk belanja dan shopping.

"Awak tak sepatutnya bawak duit banyak dan tak sepatutnya berikan duit kepada kawan-kawan awak sebab awak sendiri tak kenal mereka bla. bla. bla."

Aku dah macam hmmmmmmm. Dia tak faham gamaknya apa yang aku cakap tadi.

Gambar sekadar hiasan

Image via norwich.edu

Sebelum mengakhiri soal siasat aku cuba berkomunikasi dengan translater supaya maafkan aku sebab ini first time datang ke nagara Korea ni. Belum sempat translater habis cakap terus dia putuskan panggilan phone. Terus dia hulurkan aku satu form untuk aku sign. Dia cakap yang aku tak dibenarkan masuk ke Korea. Aku cuba meminta izin untuk memberikan wang dan t-money kepada kawan-kawan yang tunggu di luar. Dengan nada yang sombong dia ckp "NO!!"

Setelah selesai soal siasat aku terus diiring ke ruang pelepasan antarabangsa untuk dihantar pulang ke Malaysia. Siap escort sampai dalam flight kau! Fuhh. Pasport aku memang dia pegang dan diberikan setibanya di KLIA.

Begitulah sedikit sebanyak kisah aku ke negara Korea balik hari. Pesanan aku pada korang yang nak ke Korea, pastikan segala persiapan mental dan fizikal. Kalau boleh, hafalkan semua tempat yang korang nak pergi tu. Ya, memang tak semua orang dia akan panggil tapi kalau nasib tak baik jadi macam akulah. Pastikan arrival card korang isi penuh. Jangan tinggalkan ruang kosong. Bermula dengan tak tulis pekerjaan diakhiri dengan penghantaran pulang. Sedih memang sedih tapi aku fikir positif jelah. Allah perancang yang terbaik. Hanya Dia yang tahu segala-galanya.

Wassalam.

Jadi, siapa-siapa yang nak travel ke Korea tu, berhati-hati lah ya. Pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal.

Safe travels!

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau nak pergi New Zealand pun hati-hati!

Takpe, ada banyak lagi destinasi menarik yang lain:

You may be interested in: