seismik

Dengan Hanya RM1.8k Seorang, Lihat Bagaimana 6 Sekawan Ini ‘Explore’ Kashmir Selama 7 Hari

Kashmir ini memang lawa!

Cover image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Percutian paling menyeronokkan adalah percutian bersama rakan-rakan. Paling best dengan kawan sehidup semati. Memang masuk kepala habis!

Namun, kini kebanyakannya masing-masing sudah mula sibuk. Untuk mendapatkan cuti bersama memang sangat susah. Kalau dapat cuti, bolehlah pergi holiday bersama!

Image via Tenor

Barulah dapat relaks daripada kerja dan segala masalah.

Anda pernah jejak kaki di Kashmir, India?

Jika belum, boleh lihat itinerari dan kos lelaki ini ketika dia bersama lima rakan lain explore Kashmir bersama. Seronok sangat!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Flight Airasia KL - Delhi - KL : RM576.84
Flight AirIndia Delhi - Srinagar -Delhi : RM332.95

Untuk duit rupee (Rs), aku dah convert siap-siap ke RM dengan tukar Rs100 = RM5.80.

Hari pertama:

1st Day (17/09/2018) - Local Sight-Seeing di New Delhi

1. Hotel Bloomrooms Delhi : RM174 (2 malam) *so far hotel ni paling terbaik antara hotel yg pernah aku stay kat Delhi
2. Airport Express To ND Railway Station : RM3.50
3. Metro Qutb Minar : RM3.20
4. Auto Rickshaw : RM1.20 (2 way - Better amik uber sebab tuktuk ni bawak pergi tempat lain dulu walaupun murah)
5. Qutub Minar Entrance Fee : RM35
6. Metro Chandi Chowk utk ke Jamak Masjid: RM2.30
7. Auto Rickshaw to Karim : RM5.80/auto 
8. Lunch : RM18.70 (Order mcm2 pastu share 6 orang)
9. Metro Rajiv Chowk utk ke Connaught Place: RM0.60
10. Uber Balik Hotel : RM9/car

TOTAL: RM253.30

Hari kedua:

2nd Day (18/09/2018) - Delhi ke Srinagar (Local Sight-seeing di Srinagar)

1. Uber ke airport: RM15
2. Ashia Hotel : RM230.14/5 malam (Hotel ni macam rumah. Kitorang book thru Airbnb)
3. Transport Package : RM116.60 (Selama 6 hari di Srinagar termasuk airport pick-up and drop)
4. Tips tukang angkat beg kt Srinagar Airport : RM4.50
5. Lunch di Boulevard Avenue Restaurant: RM14
6. Pari Mahal Entrance Fee : RM1.40
7. Mughal Garden 2: RM1.40
8. Shikara: RM29 (Satu boat boleh naik 3 – 4 orang)
9. Groceries utk breakfast dan picnic: RM49/6 (Sorang RM8.20)

TOTAL: 400.84

Ini adalah Shikara di Dal Lake. Elakan naik waktu dah senja sebab nyamuk banyak.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Dal Lake.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Sonamarg.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Hari ketiga:

3rd Day (19/09/2018) - 1 day trip to Pahalgam

1. Ponny Ride : RM75.40 (Aku sarankan korang naik pony ni di Pahalgam je, tempat lain pilih aktiviti lain)
2. Lunch kitorang bawak bekal siap-siap dan picnic kat check point ke-3 atas bukit menghadap view yg superb lawa.
3. Dinner at Mugal Restaurant: RM13.00
4. Groceries : RM47/6 (Sorang RM7.80)

TOTAL: RM96.20

Pahalgam: Ketika dalam perjalanan ke CP ke 4. Bekas tapak lokasi pergambaraan Biajrangi Bhaijan. Rumah Munni sudah dirobohkan.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

CP 3 pony ride di Pahalgam.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Sameer. Ini senarai tempat yang mereka akan singgah masa naik pony. Nego sampai dapat harga Rs1200 - Rs1300. Lagi murah lagi bagus.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Hari keempat:

4th Day (20/09/2018) - 1 day trip to Sonamarg.

Untuk kat Sonamarg ni kitorang xde spend duit langsung sebab kitorang hiking sendiri ke sampai Thajiwas Glacier. Lepas tu kitorang picnic. Lunch kitorang dah bawak bekal siap-siap dan makan tepi sungai glacier.

Dinner di Boulevard Avenue Restaurant: RM18.90

TOTAL: RM18.90

Sungai di Sonamarg sebelum sampai di Thajiwas Glacier.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

View hiking atau pony ride di Sonamarg. Kalau naik jeep akan lalu laluan yang berbeza.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Thajiwas Glacier. Kalau nak hiking, make sure sampai sini. Kalau naik pony memang mereka akan bawa sampai sini.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Hari kelima:

5th Day (21/09/2018) - Local Sight-seeing sebab hari ni banyak tempat tutup disebabkan Geng Syiah ade sambut perayaan.

1. Badamvaer : RM1.20
2. Nishaal Mughal Garden : RM1.40
3. Hazrat Bal Darga : Masuk FREE
4. Shopping Time – Yg ni sendiri-sendiri la. [TAK TERMASUK DALAM KOS]
5. Lunch Boulevard Avenue Restaurant: RM13.50

TOTAL: RM16.10

Badamvaer. Taman bunga paling besar di Srinagar.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Hazrat Bal Darga.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Hari keenam:

6th Day (22/09/2018) - Gulmarg + Local Sight-Seeing.

1. Gondola ke Phase 2: RM98 (Kalau nak ke Phase 1 je Cuma RM43)
2. Lunch kat puncak Gulmarg dengan bekal yg dah kitorang bawak siap-siap.
3. Jamia Masjid : Masuk FREE
4. Lal Chowck – Tempat shopping. Kalau nak shopping, tunggu sampai guide bawak dtg sini. Paling murah.
5. Dinner di Tibetan Restaurant: RM12

TOTAL: RM110

Gondola ke Phase 2, Gulmarg.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Puncak Gulmarg.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Picnic di Puncak Gulmarg.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Hari ketujuh:

Last day (23/09/2018)

1. Tips Sameer : RM30 (Sorang RM5 sorry duit dah habis. Hahaa…)
2. Lunch dalam flight sebab Air India ada bagi makanan.
3. Uber Red Fort : RM7.50
4. Dinner di Jawahar Restaurant: RM8.20
5. Metro Airport Express to Airport : RM3.50

TOTAL: RM24.20

Jumlah keseluruhan untuk trip ini adalah RM1,829.33 *TIDAK TERMASUK SHOPPING*

House boat di Dal Lake.

Image via Mohd Azwan Salleh / Facebook

Jom explore Kashmir? ;)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah pergi Maldives? Kalau belum, boleh tengok itinerari travel solo ini:

Kalau nak tiket murah, ikuti tips ini:

You may be interested in: