seismik

Gara-Gara Tweet Rasis, Hos Ini Dikecam Teruk Oleh Netizen Dan Selebriti. Kan Dah Kena!

Ibarat rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi.

Cover image via BFN Today , Twitter @JonMiller , google

Kemenangan filem Parasite di Anugerah Oscar yang merupakan hasil karya pengarah, Bong Joon Ho masih hangat diperkatakan sehingga kini

Image via Google

Kepada mereka yang masih tertanya-tanya mengapa filem ini menjadi buah mulut ramai, semuanya kerana kemenangan mereka di Hollywood dan bukan sekadar di Anugerah Oscar tapi juga di anugerah berprestij lain seperti British Academy Film Award dan Anugerah SAG

Uniknya mengenai filem ini adalah ia mengisarkan tentang dua golongan di dunia iaitu kaya dan miskin. Naratif penceritaan beserta pengolahan skrip yang mempunyai unsur komedi namun terselit maksud tersurat dan tersirat serta mesej penting membuatkan penonton boleh relate dengannya.

Apa yang menakutkan apabila kisah di dalam filem ini sememangnya mencerminkan realiti kehidupan sebenar di mana yang kaya terus kaya manakala yang miskin pula terpaksa bersaing sesama sendiri untuk meneruskan kehidupan. 

Image via imgur.com

Percaya atau tidak, inilah realiti kehidupan sebenar!

Namun begitu, ada juga yang nyata tidak berpuas hati dengan kemenangan filem itu seperti pengacara, Jon Miller. Malah, dia secara terbuka mengkritik perkara tersebut di laman Twitter miliknya.

Bahasa: 

"Lelaki bernama Bong Joon Ho memenangi Oscar untuk kategori Lakon Layar Asal Terbaik mengalahkan Once Upon A Time In Hollywood dan 1917.

"Ucapan kemenangan beliau adalah 'satu penghormatan yang besar, terima kasih'. Kemudian dia menyambung ucapan dalam bahasa Korea. Mereka ini adalah pemusnah di Amerika," tulisnya. 

Berikutan itu, dia kemudiannya mendapat kecaman warganet yang mengkritik sikap rasisnya itu termasuklah beberapa rakan selebriti

Bahasa:

"Tidak. Bangsa kulit putih yang rasis adalah pemusnah di Amerika. Saya tidak nampak mana-mana warga Korea yang 'berjalan' di kaki lima mengikut stail Nazi, memegang senjata atau mengancam kaum atau etnik lain," tulisnya. 

Bahasa: 

"Sebagai rakyat Amerika, komen seperti ini akan memusnahkan kita. Bukan seseorang yang bercakap dalam bahasa Korea setelah diberi pengiktirafan. Kamu sepatutnya malu dengan diri sendiri," tulisnya. 

Bahasa:

"Hai Jon, jika anda tidak suka orang Korea: pergi ***, * *****," tulisnya. 

Bahasa: 

"Adakah anda dibayar untuk sesuatu yang ***** ini atau ia sesuatu yang anda lakukan secara suka-suka?" tulisnya. 

Bahasa: 

"Ini sesuatu yang tidak patut, dia berasal dari Korea Selatan. Biarlah dia terima pengiktirafan untuk anugerah yang dia berhak terima dalam bahasa kebangsaannya," tulisnya. 

Bahasa: 

"Adakah kamu tidak suka dia berbahasa Korea? Kebanyakan warga Amerika tidak tahu bahasa asing tapi anda melancong satu dunia dan mengharapkan orang lain memahami anda. 

"Anda juga bagi ucapan dalam bahasa Inggeris di seluruh dunia," tulisnya. 

Dia kemudiannya menjelaskan bahawa tweet itu bukan ditujukan khas untuk pengarah tersebut namun lebih kepada kekecewaannya terhadap mereka yang menjadi juri pada malam anugerah itu

Bahasa:

"'Mereka' bukanlah ditujukan terhadap orang Korea tetapi kepada orang-orang yang memberi pengiktirafan kepada filem asing yang mencetuskan perbezaan antara dua kelas ekonomi berbeza berbanding dua lagi filem yang bagi saya lebih layak. 

"Ini sepatutnya menjelaskan apa yang saya maksudkan dalam tweet-tweet saya berkaitan pihak produksi sepanjang malam ini," tulisnya. 

Bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur kerana ramai yang mempertikaikan penjelasan yang diberikannya

Bahasa:

"Janganlah nak berdalih cakap tentang perbezaan kelas. Kamu yang naikkan namanya dahulu kemudian bising mengenai dia cakap Korea. Tweet kamu itu memang untuk menyalakan 'api-api' perkauman," tulisnya. 

Bahasa: 

"Jika kamu baca semula tweet kamu dan masih berpendapat bahawa maksudnya sangat jelas maka saya mengharapkan agar kamu tidak menulis skrip sendiri untuk program kamu," tulisnya. 

Bahasa:

"Bukankah kamu sepatutnya berada dalam bidang komunikasi? Mungkin kamu patut berhati-hati menggunakan ayat. Tak nak jadi isu tarik balik ayat itu," tulisnya. 

Fuh, moga-moga pengacara itu akan berhati-hati jika nak menulis tweet pada masa akan datang!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: