seismik

"Saya Nak Kerat Trofi Kepada Lima" - Ucap Pengarah 'Parasite' Selepas Menang Filem Terbaik

Boog Joon-ho ingin kongsi kemenangan bersama pengarah hebat yang lain.

Cover image via LA Times | & Go Tech Daily

Filem Parasite cipta sejarah menjadi filem Asia pertama memboloti empat trofi pada Academy Awards 2020

Parasite mencuri perhatian pada anugerah kali ini apabila memenangi empat anugerah iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Filem Asing Terbaik.

Ia merupakan filem bukan Bahasa Inggeris pertama dalam sejarah yang pernah memenangi anugerah tersebut. Selain itu, Parasite turut memenangi Palme d'Or di Cannes, Golden Globe dan dua anugerah di BAFTAs sebelum ini.

Pengarah Parasite Bong Joon-ho tidak pernah sangka filem ini mendapat pengiktirafan antarabangsa, apatah lagi memenangi Academy Awards

"Kami tidak pernah menulis cerita ini untuk mewakili negara kami," kata Joon-ho, 50 tahun. "Tetapi inilah Oscar yang pertama untuk Korea Selatan. Terima kasih."

Dalam ucapannya, Joon-ho memberi penghormatan kepada setiap calonnya, menyatakan keinginan untuk memisahkan trofinya menjadi lima keping untuk berkongsi dengan semua pembuat filem.

"The most personal is the most creative"

Joon-ho berkata dia berasa amat berbesar hati apabila Parasite mendapat pencalonan. Dia yang selama ini menjadikan filem-filem Martin Scorsese sebagai inspirasi bagaikan tidak percaya dengan kemenangan itu.

Image via Variety

"Ketika saya masih muda dan belajar bidang perfileman, ada kata-kata yang terukir di dalam hati saya, iaitu, 'Yang paling peribadi adalah yang paling kreatif,'" kata Joon-ho emosi di atas pentas.

"Petikan itu adalah dari Martin Scorsese yang hebat. Semasa saya bersekolah, saya belajar filem-filem Martin Scorsese. Mendapat pencalonan adalah satu penghormatan yang besar."

Bong Joon-ho turut mengucap terima kasih kepada pengarah Quentin Tarantino yang sentiasa menyokong filem-filem beliau selama ini

Image via CNN

"Dalam pada orang di Amerika Syarikat tidak kenal dengan filem saya, Quentin Tarantino sentiasa meletakkan filem saya dalam senarainya. Dia ada di sini, terima kasih banyak.

"Dan Todd Phillips dan Sam Mendes, pengarah hebat yang saya kagumi. Sekiranya Akademi membenarkan, saya ingin mengerat trofi Oscar ini kepada lima dan berkongsi dengan anda semua," katanya lagi berseloroh.

Tahniah Parasite!

Image via wordpress.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: