seismik

Filem Animasi Tempatan Ini Terima Pingat Emas Di Asia & Banyak Lagi Pengiktirafan Global

Malaysia boleh!

Cover image via Batik Girl Film

Makin lama makin power animasi dari Malaysia

Pelbagai animasi hasil titik peluh rakyat Malaysia semakin mendapat pengiktirafan antarabangsa dari hari ke hari.

Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang berjaya tercalon dalam anugerah Oscar baru-baru ini.

Dan yang paling baru, filem animasi pendek berjudul Batik Girl pula mendapat pelbagai anugerah di peringkat global

Image via Batik Girl Film

Batik Girl yang dihasilkan oleh The R&D Studio adalah sebuah filem animasi pendek dengan durasi 9 minit 23 saat.

Ia mengisahkan tentang pengembaraan ajaib seorang kanak-kanak dalam dunia lukisan batik ketika menghadapi pergelutan akibat satu tragedi yang menimpanya. Emosi utama yang diketengahkan ialah hubungan erat antara seorang nenek dan cucunya.

Image via Batik Girl Film

Batik Girl merupakan usaha bersama beberapa pihak

The R&D Studio berkolaborasi dengan Heidi Shamsuddin selaku penulis cerita, Tudidut Studio untuk proses menganimasikan watak dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara untuk komposisi muzik.

Image via fbcdn.net

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah dan rakan kongsi The R&D Studio, Irwan Junaidy berkata mereka ingin menceritakan sebuah kisah di Malaysia secara khususnya berlandaskan batik.

The R&D Studio merupakan studio penghasilan kandungan kreatif untuk filem, televisyen dan penerbitan yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

Image via The R&D Studio

Filem animasi ini telah membawa pulang banyak pengiktirafan global termasuk anugerah Filem Animasi Pendek terbaik Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile

Image via Batik Girl Film

Selain itu, Batik Girl turut:

  1. Memenangi Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran MDEC untuk kategori filem pendek pada 2017 dan mendapat bantuan kewangan untuk penghasilan filem mini
  2. Mencipta rekod apabila ditayangkan di 26 festival filem di seluruh dunia
  3. Merangkul anugerah Honorable Mention in Audience Favourite di Florida
  4. Membawa pulang pingat emas bagi kategori serantau Digicon6 Asia ke-20
... dan banyak lagi!

Senarai anugerah yang diterima oleh Batik Girl.

Image via Batik Girl FIlm

Memang hebatlah! Go go Batik Girl!

Saksikan filem Batik Girl di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: