seismik

"Buat Abang Mengigau" - Rumah Serba Hijau Persis Rimba, Konsep Rumah Ini Tarik Perhatian

Hijau sungguh ni. Sampai tiang pun dibalutnya!

Cover image via Manz Riezman / Facebook

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung dari 18 Mac lalu, ramai dalam kalangan kita yang semakin rajin mengubahsuai atau menghias rumah

Sekadar gambar hiasan

Image via Impiana

Mana tidaknya, selepas lebih dua bulan 'terperuk' di dalam rumah, mungkin ada segelintir daripada kita yang sudah berasa bosan dan mula melakukan aktiviti tersebut bagi menghabiskan masa.

Tapi apa salahnya. Dengan berbuat demikian, rumah yang diduduki kita juga akan semakin cantik dan ia secara tidak langsung menambahkan lagi semangat kita untuk terus kekal positif apabila berada di dalam rumah.

Kalau anda perasan, setiap hari di media sosial ada sahaja perkongsian yang dibuat oleh individu mengenai ruangan rumah yang telah diubahsuai oleh mereka

Ada yang memilih untuk menghias rumah agar nampak lebih simple, ada yang menggunakan tema vintage ala-ala Inggeris, ada yang mahu rumahnya kelihatan lebih moden dan bermacam-macam lagi.

Semua itu pastinya dilakukan mengikut cita rasa tuan rumah dan juga bajet yang ditetapkan oleh mereka.

Namun bagi individu ini, lain pula dekorasi yang dibuat olehnya apabila dia mengubahsuai keseluruhan rumahnya menggunakan tema warna hijau

Di ruangan komen, individu bernama Manz Riezman ini berkata dekorasi tersebut dipilih olehnya agar ia kelihatan seperti di hutan.

Ingin tengok rumah serba hijau lelaki ini? Teruskan lihat di bawah:

Sampai ke meja kopi tu dibalutnya hijau. Nasiblah karpet tu warna biru!

Rajinnya sampai atap tu pun ditampalnya warna hijau

Tak cukup di ruang tamu, lelaki ini juga turut menghiaskan dapur rumahnya dengan warna yang sama. Seragam betul!

Dekorasi unik rumah lelaki ini sememangnya telah mendapat perhatian netizen di Facebook yang rata-ratanya seronok melihat konsep tersebut

Seronok tengok idea-idea macam ni kan? Anda tunggu apa lagi? Dah nak raya ni, bolehlah hias rumah sikit-sikit ikut cita rasa anda!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom tengok idea dekorasi lain di sini:

You may be interested in: