Dari Bilik ‘Tongkang Pecah’, Lelaki Ini Kongsi Transformasi Biliknya Sepanjang Musim PKP
"Limited betul lelaki yang pandai deco ni." - Netizen.
Umum sedia maklum bahawa rakyat Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu
Namun begitu, setelah tamatnya tempoh PKP fasa ke-4, rakyat Malaysia kini diberikan kebenaran dan kelonggaran secara berperingkat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berperingkat (PKPB).
Tapi dengan syarat, patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan ikut SOP yang telah dikeluarkan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini.
Kerajaan juga faham bahawa ada segelintir golongan yang masih 'takut' untuk keluar rumah kerana bimbang akan penularan pandemik Covid-19
Oleh itu, apa kata anda luangkan masa di rumah dengan menghias rumah atau bilik sepanjang tempoh PKPB ini. Lebih-lebih lagi raya bakal menjelang tiba, walaupun ia tidak akan disambut seperti biasa, anda masih boleh mengembalikan 'mood' dan 'vibes' Hari Raya seperti tahun-tahun sebelumnya.
Jika anda inginkan inspirasi untuk menukar tema bilik tidur, boleh lihat perkongsian @haziqsafwann di mana dia telah membuat satu transformasi bilik tidurnya menjadi lebih 'cozy' daripada sebelumnya.
Malahan, kos yang digunakan juga adalah memadai dengan hasilnya.
Lihat progress bilik tidur dari 'tongkang pecah' ke bilik tidur yang 'cozy'.
Dia juga telah mula melakukan transformasi ini bermula dari PKP Fasa-1.
Kalau nak tahu di mana dia membeli setiap barangan yang digunakan untuk proses transformasi bilik ini, lihat di bawah:
Cantik dan simple je bukan?
Anda pun boleh cuba-cuba juga untuk ubah tema bilik tidur! :)