Sedih Tak Dapat Beraya Sebab PKP? Buat 8 Cara Ini Kembalikan 'Mood' Raya Bersama Keluarga!
Tahun depan masih ada, InsyaAllah. :)
Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjalanan pulang ke kampung untuk Hari Raya adalah tidak dibenarkan
Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya adalah sama sekali tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hingga 9 Jun ini.
Walaupun ramai yang sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, namun perlu diketahui bahawa larangan sedemikian dilaksanakan demi menjamin keselamatan serta mengekang penularan pandemik Covid-19.
Jadi, jangan sedih-sedih. Ini adalah yang terbaik buat rakyat Malaysia pada masa kini. #KitaJagaKita
Tapi siapa cakap kita tak boleh sambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga?
Masih boleh, tapi dengan cara 'virtual'. Yang penting, keluarga kesayangan serta sanak-saudara masih boleh dihubungi dengan cara video call dan sebagainya.
Nak tahu bagaimana anda boleh dapat mood Hari Raya persis di kampung halaman? Baca tips yang kami sediakan di bawah:
1. Hias rumah sendiri dengan elemen raya
Tak dapat balik kampung untuk beraya tak semestinya anda di bandar tak boleh cipta sendiri mood dan vibes Hari Raya bukan?
Jadilah seorang yang kreatif dan keluarkan segala idea menarik untuk hias rumah dengan elemen raya. Contohnya, pasang pelita di halaman rumah, pasang lampu 'liplap', gantung ketupat sebagai hiasan, tukar langsir, bersihkan rumah dan sebagainya.
2. Malam raya boleh masak masakan turun temurun tradisi oleh nenek moyang
Setiap keluarga pasti ada resepi turun-temurun sejak nenek moyang terdahulu bukan?
Masa inilah waktu yang sesuai untuk anda hasilkan kembali resepi tersebut di malam Hari Raya. Minta resepi dengan ibu bapa di kampung, masak sendiri untuk dihidangkan buat keluarga. Tak sedap pun tak apa, asalkan tradisi malam raya tidak ditinggalkan.
3. Beli baju raya atas talian, tapi jangan lebih-lebih. Satu atau dua pasang pun jadilah.
Disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah secara bersederhana, anda masih boleh beli baju raya tapi janganlah beli sampai lima helai. Satu atau dua helai pun sudah memadai.
Tapi yang penting, elakkan untuk keluar rumah kalau boleh. Beli atas talian, minta dihantar di rumah. Baju untuk pagi raya yang penting, baru boleh ber-ootd bersama keluarga nanti.
4. Duit raya jangan lupa sediakan. Tapi tak perlu angpao!
Teknologi kini dah canggih, walaupun anda tak boleh beraya bersama keluarga, duit raya boleh diberikan melalui e-Duit Raya sahaja. Tak perlu bazir sampul, terus lakukan transaksi atas talian untuk berikan duit raya kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain.
Sekarang pun anda dan boleh ketepikan jumlah yang ingin diberikan supaya tak lari bajet.
5. Di pagi Hari Raya, bangun awal dan siapkan diri
Jangan ingat tak dapat balik kampung, boleh tidur sampai ke tengahari pula. Pagi Raya kenalah bangun awal, persiapkan diri cantik-cantik dengan baju raya, makan pagi bersama keluarga walaupun berjauhan.
Kalau tak boleh video call, masih boleh hubungi mereka seperti biasa untuk bertanya khabar.
6. Perkara wajib pagi raya: Bermaaf-maafan sesama keluarga
Kalau sebelum ini, sesi bermaaf-maafan ini dilakukan mengikut peringkat umur. Masa itulah kita nak bersalam-salaman sambil mohon maaf dan cium ibu bapa masing-masing. Tapi tahun ini ia akan dilakukan dengan sedikit perbezaan.
Mungkin anda tak dapat bersalaman dengan mereka, namun anda masih perlu memohon maaf kepada ibu bapa walaupun terpaksa dilakukan secara atas talian. Tapi janganlah menangis teresak-esak pula ye.
7. Menikmati hidangan di pagi Hari Raya bersama keluarga dengan cara video call
Yang ini momen paling terkesan sebab tak dapat menjamu selera di siang hari bersama ahli keluarga. Mana tidaknya, setelah sebulan berpuasa, hidangan di pagi Hari Raya dikatakan lebih bermakna dan 'feel' kalau bersama keluarga.
Tapi takpa, anda masih boleh makan bersama. Tapi dengan cara video call beramai-ramai. Boleh gunakan Google Hangouts, Zoom, FaceTime, WhatsApp video call dan sebagainya. Baru feel tu ada!
8. Akhir sekali, bila dah kenyang. Masa untuk bergambar bersama keluarga!
Sesi yang paling dinantikan adalah bergambar bersama seisi keluarga dengan menggayakan baju raya masing-masing. Walaupun berjauhan, family portrait tak boleh dilupakan.
Untuk anda yang menggunakan video call pun masih boleh tangkap gambar beramai-ramai. Malah, ia boleh disimpan dan dijadikan sebagai 'Memori Raya PKPB 2020 Bersama Keluarga'.
Banyak lagi cara untuk anda kembalikan 'mood' Hari Raya.
Jadi, jangan bersedih ok. Sambut je raya seperti biasa dengan tips di atas. =)