seismik

Budak 12 Tahun Sengaja 'Suka-Suka' Letak Paku, Kayu & Batu Atas Jalan Raya Ditahan Polis

Dah tak ada kerja lain ke?

Cover image via Info Lahad Datu (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak 12 tahun bertindak meletakkan objek tajam termasuk paku, batu dan kayu di atas jalan raya di Kilometer 20, Jalan Semporna-Tawau baru-baru ini

Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak berkenaan telah dipanggil polis bersama ibu bapanya pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, tindakan itu diambil susulan laporan dibuat seorang individu berkaitan penemuan objek berbahaya itu kira-kira jam 7.30 pagi.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati objek tajam itu dibuang oleh kanak-kanak berusia 12 tahun yang tinggal berdekatan lokasi kejadian dengan tujuan sekadar untuk suka-suka.

"Ibu bapa bersama kanak-kanak terbabit kita panggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan berikan nasihat supaya mengawasi anak mereka serta tidak mengulangi perbuatan itu," katanya.

Difahamkan, kejadian itu disedari seorang pengguna jalan raya ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau yang mendapati batu, kayu dan paku di atas jalan raya dipercayai diletakkan secara sengaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab

Menurutnya, pengadu bersama beberapa individu termasuk pemandu bas pelancong yang melalui kawasan itu kemudian bertindak membuang objek berkenaan bagi mengelak kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Tiada sebarang kemalangan berlaku dan pihak polis mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya yang peka serta prihatin dengan mengambil tindakan pantas sekaligus mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 56 saat, memaparkan pengguna jalan raya menemukan beberapa objek tajam seperti paku, batu dan kayu di atas jalan raya.

LIhat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: