Budak Lelaki Dalam Music Video Lagu Baby Shark Kini Jadi Bintang K-Pop

Difahamkan, video Baby Shark catat rekod video paling banyak ditonton dalam sejarah YouTube.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Pinkfong

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak lelaki yang terkenal melalui video "Baby Shark Dance", telah mengeluarkan single digital K-pop pertamanya baru-baru ini, sedekad selepas dia mula dikenali

Park Geonroung, yang membintangi video itu ketika berusia 7 tahun, membuat penampilan sulung solo K-pop di bawah nama 'Baby Shark Boy' dan disokong oleh Pinkfong Company yang memiliki hak cipta untuk Baby Shark, lapor Reuters.

"Baby Shark Dance membawa kegembiraan kepada orang ramai di seluruh dunia, dan saya sangat bersyukur kerana ramai orang masih mengingati saya sejak 10 tahun yang lalu.

"Itu membuatkan saya ingin kembali dan berhubung dengan orang ramai melalui muzik sekali lagi," katanya.

SAYS.com
Image via Pinkfong

Lagu tersebut telah diterbitkan pada tahun 2016 sebelum videonya di YouTube mencapai lebih 17.2 bilion tontonan

Park berkata single digital baharunya, bertajuk 'WAVE', bermula dengan melodi Baby Shark yang biasa sebelum beralih kepada bunyi elektropop, yang mana dia sendiri menyumbang lirik lagu tersebut.

Park menambah bahawa beliau melihat single itu sebagai permulaan perjalanan muzik yang lebih panjang.

"WAVE terasa lebih seperti permulaan baharu berbanding sebuah projek sekali ini sahaja. Saya berharap dapat terus menunjukkan sisi berbeza diri saya melalui muzik serta jenis kandungan lain," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: