seismik

Bukan Faktor Juruterbang, Laporan Awal Nahas Elmina Dedah Punca Pesawat Terhempas

Laporan awal nahas kemalangan udara Elmina tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Cover image via Suara.TV & Utusan Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seluruh Malaysia sedia maklum tentang tragedi pesawat ringan yang terhempas di Elmina pada 17 Ogos lalu

Pesawat Beechcraft Premier 1 itu telah meragut 10 nyawa termasuk Dato' Sri Johari Harun iaitu Ahli Dewan Negeri Pahang di DUN Pelangai.

Terbaru, laporan awal nahas Elmina itu telah dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MOT).

Laporan tersebut disediakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MOT, di mana ia mendedahkan punca tragedi tersebut adalah daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan.

Laporan awal yang mengandungi 26 muka surat itu dimulakan dengan pengenalan serta sinopsis, fakta mengenai pesawat, tragedi, teknik penyiasatan dan diakhiri dengan rumusan serta hasil siasatan.

Image via MOT

Tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan

Menurut laporan tersebut, pesawat yang terlibat dalam tragedi berkenaan mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggara dengan baik mengikut peraturan serta layak untuk melakukan penerbangan.

Walau bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

Image via MOT

Sementara itu, tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan kerana kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik.

Selain itu, juruterbang mempunyai lesen yang sah dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada. Hasil siasatan mendapati juruterbang pesawat juga telah menghubungi menara kawalan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang pada jam 2.47 petang.

Tidak lama selepas itu, pesawat Beechcraft Premier 1 tersebut menerima kebenaran untuk mendarat di landasan 15 dan juruterbang ada menerima maklum balas berkenaan.

Namun, tiada transmisi radio kedengaran dari pesawat sebelum nahas dilaporkan hingga mengorbankan 10 nyawa.

Kedua-dua juruterbang dilaporkan mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius

Merujuk pada data yang dikeluarkan, juruterbang telah mengurangkan kelajuan pesawat dan mula untuk mendarat pada ketinggian 2,600 kaki. Namun, pesawat mula untuk belok ke kanan pada ketinggian 1,025 kaki dan kemudian terhempas.

Laporan itu juga mengatakan transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu juga telah selesai dan dalam proses analisis. Ia hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu.

Kedua-dua juruterbang turut dilaporkan mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Sehubungan itu, pihak MOT menjelaskan punca nahas pesawat terbabit hanya akan didedahkan dalam laporan akhir yang dijangka selesai pada Ogos 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: