seismik

Nahas Elmina: "Ayah Beri Dua Gambar Minta Saya Simpan" - Anak Pemandu e-Hailing

Ya Allah, sedihnya.

Cover image via Harian Metro & @dell.yunus (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berikutan tragedi nahas pesawat ringan yang terhempas berdekatan Elmina baru-baru ini, salah seorang mangsa yang terkorban merupakan seorang pemandu e-hailing

Menurut sumber, pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53 dikatakan tidak membawa penumpang ketika kejadian berlaku.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban manakala dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu e-hailing meninggal dunia.

Sempat beri dua keping gambar kepada anak untuk simpan, tak sangka itu petanda ingin pergi buat selamanya

Dalam pada itu, anak Allahyarham Sharipuddin iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga termasuk ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya,9, ada bersama di dalam kereta.

"Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan. Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,"

"Pagi semalam, ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian. Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

"Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga. Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT,"
katanya.

Image via Harian Metro

Muhammad Sharul Izwan berkata, kali terakhir bapanya menghubungi ibunya pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran. Bapanya juga memaklumkan dia berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Sharipuddin Shaari dan seluruh ahli keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: