“Bukan Sekadar OEM” – Masha Group Jadi Pilihan Selebriti Bina Empayar Kosmetik Bertaraf Antarabangsa

Masha Group terus menjadi antara pilihan utama usahawan tempatan yang mahu membina jenama sendiri dengan lebih profesional dan sistematik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Masha Group

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masha Group terus memperkukuh dominasinya sebagai pengilang OEM (Original Equipment Manufacturer) terkemuka di Malaysia dengan rekod pencapaian membantu melahirkan ribuan usahawan bergelar jutawan

Selepas lebih sedekad beroperasi, syarikat ini kini menjadi rakan strategik utama bagi lebih 500 jenama merangkumi sektor penjagaan kulit, kosmetik, suplemen kesihatan, serta penjagaan rambut dan badan.

Pengasasnya, Enica Foong, menegaskan bahawa kekuatan Masha Group terletak pada ekosistem pembangunan jenama yang komprehensif serta ia bermula daripada cetusan idea, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sehinggalah produk sedia untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

SAYS.com

Pengasas Masha Group, Enica Foong

Image via Masha Group

Berbeza dengan pendekatan kebanyakan kilang OEM lain, Masha Group menolak konsep formulasi generik. Setiap produk dikaji secara mendalam berdasarkan identiti jenama dan sasaran pasaran tertentu.

"Produk yang berjaya bukan sekadar yang tular atau habis terjual sekali sahaja, tetapi produk yang membuatkan pengguna mahu membelinya semula kerana kualitinya. Kami tidak mengamalkan pendekatan 'copy-paste' kerana setiap jenama perlukan keunikan tersendiri untuk bertahan lama di pasaran,"
ujar Enica.

Mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf termasuk pensijilan GMP, Halal, HACCP dan MESTI

Bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan, setiap produk melalui ujian ketat seperti stability testing dan shelf-life prediction. Syarikat ini juga beroperasi mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf termasuk pensijilan GMP, Halal, HACCP dan MESTI.

Memahami cabaran modal bagi usahawan mulaan, Masha Group menawarkan Kuantiti Pesanan Minimum (MOQ) serendah 500 unit. Sebagai pengilang terus tanpa penglibatan orang tengah atau broker, pelanggan dapat menikmati harga kilang yang lebih kompetitif serta proses komunikasi yang lebih telus.

Selain aspek teknikal, Masha Group turut memanfaatkan analisis data pasaran dan trend digital seperti TikTok untuk memastikan produk yang dihasilkan sentiasa relevan dengan kehendak pengguna semasa.

Masha Group turut menyediakan khidmat nasihat bagi aspek pembungkusan, penjenamaan, serta urusan regulatori seperti pendaftaran KKM. Ini membolehkan pengasas produk memberi tumpuan sepenuhnya kepada strategi jualan tanpa perlu bimbang tentang isu teknikal pengilangan.

SAYS.com
Image via Masha Group

Dalam memastikan kualiti pengeluaran sentiasa berada pada tahap terbaik, Masha Group turut melabur dalam penggunaan mesin automatik berteknologi tinggi bagi meningkatkan kapasiti dan keselamatan pengeluaran produk.

Kini, selepas lebih 10 tahun membina nama dalam industri OEM, Masha Group terus menjadi antara pilihan utama usahawan tempatan yang mahu membina jenama sendiri dengan lebih profesional dan sistematik.

Masha Group beroperasi di 28, Jalan BP 5/8, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor dan boleh dihubungi menerusi talian 012-526 1300 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembangunan produk dan perkhidmatan OEM.

SAYS.com
Image via Masha Group

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: