Bukan Sekadar Trend, Ini Sebab ‘Meccha Chameleon’ Berjaya Tarik Perhatian Ramai
Menarik juga game ni!
Cover image via lemorion_1224/PolygonFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda membuka TikTok mahupun Instagram Reels kebelakangan ini, anda mungkin dapat melihat klip permainan video tular yang mempunyai unsur permainan 'sorok-sorok'
Anda sebenarnya sedang melihat permainan video Meccha Chameleon, sebuah permainan terbaharu yang kini tular tersebar merata dalam talian.
Meccha Chameleon merupakan permainan 'sorok-sorok' yang mana pemain perlu menggunakan kreativiti mereka (dan nasib) untuk terus bertahan.
Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan, Hiders dan Seekers. Hiders perlu menyorokkan diri dengan menjadikan diri sama dengan persekitaran mereka, manakala Seekers perlu mencari di mana Hiders bersembunyi.

Kenapa permainan ini tersebar dengan begitu meluas?
Semuanya disebabkan permainan ini sangat menghiburkan untuk ditonton. Tidak seperti permainan yang memerlukan pembelajaran mekanik yang rumit selama berjam-jam, Meccha Chameleon sangat mudah untuk difahami.
Keseronokan datang daripada menonton pemain mencuba tempat persembunyian yang semakin tidak masuk akal di samping melihat Seekers terlepas pandang Hiders.
Banyak klip telah tular dalam talian menunjukkan pemain bersembunyi di tempat yang mudah dilihat, menyamar sebagai objek rawak atau panik apabila mereka ditemui pada saat-saat akhir.
Ia juga menjadi popular dalam kalangan penstrim dan pencipta kandungan kerana setiap pusingan mencipta momen yang tidak dapat diramalkan dan lucu.

Macam mana nak main 'game' ini?
Permainan ini kini tersedia di PC melalui Steam, di mana ia dengan cepat menjadi tular sebaik pelancarannya.
Meccha Chameleon dibangunkan hanya dalam masa dua bulan oleh pembangun permainan indie Jepun lemorion_1224 dan Haganeiro.
Selepas pelancarannya di Steam pada Jun 2026, ia dengan cepat berubah daripada projek indie kecil kepada fenomena permainan global, telah terjual lebih 10 juta.
Lihat bagaimana permainan ini dimainkan:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


