Puncak Tebal Dengan Awan Karpet, 'Bukit Senaling' Pastinya Jadi Port Terbaru Buat Hikers
Jom panjat!
Nama Bukit Tabur, Bukit Kutu, Bukit Broga dan beberapa bukit yang lain pastinya sangat familiar buat kaki hiking di luar sana.
Tetapi pernah atau tidak anda dengar mengenai Bukit Senaling?
Dengan ketinggian 394 meter, bukit yang terletak di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini merupakan tarikan terbaru di sana.
Masa pendakian biasanya akan mengambil selama satu hingga satu jam setengah untuk tiba ke puncak.
Bukit Senaling bukan sahaja menawarkan view yang menarik malah pendaki akan menikmati pemandangan "awan karpet" yang sangat memukau setelah tiba di puncak
Menurut mereka yang pernah ke sini, awan karpet akan kelihatan mengelilingi puncak bukit pada awal pagi sehingga menyentuh kaki para pendaki. Wow macam best je!
Puncak bukit juga akan ditenggelami dengan awan dan kabus pada jam 10 pagi, dan keadaan di puncak bukit yang sejuk dan fresh ini pastinya tidak mahu dilepaskan sekiranya anda berada di sini.
Trek di Bukit Senaling tidaklah sesukar mana. Kepayahan mendaki bukit ini boleh dikatakan pada level medium.
Selain pemandangan dan "awan karpet" yang menjadi tarikan hebat di bukit ini, di puncak bukit juga dikatakan terdapat beirut yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu lagi.
Bagaimanapun, buat anda yang ingin mendaki, anda perlu mendapat kebenaran dahulu oleh sebuah organisasi yang diberi mandat oleh Jabatan Perhutanan Negeri, iaitu Ulu Senaling Hikers.
Ini kerana sepanjang laluan mendaki bukit, para pendaki perlu melalui tanah-tanah persendirian yang restricted untuk orang luar termasuk kawasan meletak kereta.
Ulu Senaling Hikers akan menyediakan anda dengan peralatan lengkap sewaktu mendaki termasuk seorang guider. Bayaran yang dikenakan adalah seperti di bawah:
Buat kaki hiking, hujung minggu anda kali ini bolehlah ke Kuala Pilah untuk menawan bukit terbaru ini.
Anda boleh hubungi Bukit Senaling Official untuk maklumat lanjut!