seismik

Mirip Marvel Universe, Indonesia Akan Tampil Siri Adiwira Tersendiri Mulai Dengan Gundala!

Menariknya, filem Gundala turut dibintangi pelakon, penulis dan pengarah berbakat dari Malaysia, Bront Palarae, sebagai watak antagonis!

Cover image via Good News From Indonesia

Siapa teringin nak tengok filem superhero, tapi versi nusantara?

Berita baik dari industri perfileman Indonesia.

Jika sebelum ini kita banyak mengikuti filem-filem adaptasi komik bertemakan adiwira dari Amerika Syarikat seperti Iron Man, Spiderman, Captain America dan ramai lagi superhero di bawah naungan Marvel Cinematic Universe (MCU), kini Indonesia telah tampil dengan 'semesta'-nya tersendiri!

Image via Akurat

Buat mereka yang tidak tahu, BumiLangit Studios dan Screenplay Pictures baru-baru ini telah tampil mengumumkan para pelakon yang akan terbabit sebagai adiwira serta penjahat dalam Bumilangit Cinematic Universe (BCU) Jilid 1, hasil adaptasi komik adiwira di negara Indonesia.

Antara nama-nama besar yang bakal terbabit dalam semesta ini adalah Nicholas Saputra, Joe Taslim, Ario Bayu, Asmara Abigail dan Dian Sastro. Menariknya, nama-nama adiwira ini pun menampakkan identiti Indonesia!

Bukan itu sahaja, kesemua pelakon yang diumumkan akan terbabit dalam filem-filem BCU Jilid 1 sepanjang tempoh lima tahun akan datang mulai tahun ini.

Antara poster karakter yang diperkenalkan:

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Image via imgur.com

Lagi gambar di Instagram pengarah dan penulis terkenal Indonesia, @jokoanwar.

BCU Jilid 1 akan dimulakan dengan filem adiwira Gundala, arahan Joko Anwar, dan telah ditayangkan pada 29 Ogos lalu di Indonesia.

Menariknya, Gundala akan mula ditayangkan di Malaysia pada 26 Disember ini!

Filem Gundala merupakan adaptasi siri komik oleh Hasmi pada tahun 1969 dan merupakan superhero yang cukup dikenali di negara Indonesia.

Gundala mengisahkan tentang kesusahan Sancaka sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke alam dewasa. Pada suatu malam, Sancaka telah disambar petir menyebabkan beliau memiliki kuasa untuk memancarkan kilat menggunakan tangannya.

Menggunakan kuasa yang dimilikinya, Sancaka yang sentiasa berpegang kepada kata-kata bapanya iaitu, “Jika orang lain tidak mahu berjuang demi keadilan tidak bermaksa kita harus menjadi seperti mereka”, kini perlu berperang melawan kejahatan di bandaraya Jakarta bersama jirannya, Mulan.

Filem adiwara ini akan dibintangi oleh para pelakon hebat seperti Abimana Aryasatya, Taro Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan.

Lihat trailer penuh filem Gundala di bawah:

Paling best, filem Gundala turut dibintangi pelakon, penulis dan pengarah berbakat dari Malaysia, Bront Palarae, sebagai watak antagonis!

Menerusi filem itu, Bront akan menggalas watak bernama Pengkor yang menjadi musuh kepada Sancaka atau nama adiwiranya Gundala.

Filem Gundala menandakan kolaborasi ketiga antara Bront dan pengarah, Joko Anwar. Sebelum ini Bront telah membintangi dua buah naskhah arahan Joko iaitu "Pengabdi Setan" dan siri "Halfworlds" yang ditayangkan di saluran HBO Asia. 

Image via Google

"Sebenarnya saya cukup berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama terlibat sebagai pelakon dalam filem adiwira pertama yang diterbitkan di Indonesia.

"Lebih seronok, saya berpeluang bermain dengan pelakon-pelakon hebat seberang seperti Cecep Arif Rahman, Abimana Aryasatya dan Luqman Sardi," kata Bront Palarae menerusi Kosmo Online.

Untuk makluman, filem Gundala telah terpilih untuk bersaing dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019. Gundala merupakan satu-satunya filem dari Asia Tenggara yang terpilih untuk bersaing di samping filem-filem seperti Joker terbitan Todd Phillips, Radioactive dan filem yang dibintangi Daniel Craig dan Chris Evans berjudul Knives Out.

Selepas filem Gundala, BumiLangit Studios akan menerbitkan filem-filem susulan untuk BCU Jilid 1 iaitu  Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna dan Mandala Golok Setan.

Lihat video teaser siri BumiLangit Cinematic Universe di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pontianak tercantik Malaysia pula akan berlakon dalam filem Hollywood berjudul 'Alone'!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

More stories to read: