Bunkface 'Homophobic'? Sebab Satu Ayat, Lagu #AkhirZaman Buat Golongan LGBT Panas Punggung
"LGBT, boleh pergi mampus"
Sejak malam tadi, tanda pagar #AkhirZaman trending di Twitter sehingga menduduki carta tiga teratas
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tanda pagar ini trending?
Bagi yang belum mengetahui, Akhir Zaman merupakan lagu terbaru dari kumpulan rock tempatan, Bunkface yang dikeluarkan pada petang semalam.
Sejak dimuat naik di YouTube, lagu tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 121k ketika artikel ini ditulis.
Menariknya, lagu ini menjadi bualan ramai gara-gara satu ayat 'pedas' yang bersifat makan dalam
Ayat tersebut berbunyi, "LGBT, boleh pergi mampus".
Ternyata, bait lirik ini telah mencetus kemarahan golongan LGBT.
Walaupun hanya satu ayat dan Bunkface hanya menyebutnya sekali sahaja sepanjang durasi 2 minit 46 saat lagu tersebut, golongan ini mengecop Bunkface sebagai homophobic.
Untuk makluman, homophobic bermaksud perasaan tidak suka atau sikap prejudis terhadap golongan lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT).
Golongan LGBT juga menganggap Bunkface biadap dan sengaja mengejar publisiti murahan dengan mencemuh mereka tanpa sebab
Mereka turut menyeru orang ramai agar membuat aduan ke atas lagu tersebut kerana mempromosi keganasan