seismik

11 Orang Dikurung Dalam ‘Bilik Neraka’ Hampir 3 Tahun Dan Dijadikan Buruh Paksa Di Bintulu

Ketika ditahan, suspek wanita turut mengugut pasukan polis dan mengeluarkan kata-kata lucah.

Cover image via nst.com.my

Seramai sembilan wanita dan dua orang lelaki warga Indonesia dijadikan buruh paksa tanpa gaji dan dikurung hampir tiga tahun di dalam sebuah bilik kecil di Bintulu, Sarawak

Semua mangsa yang berusia 18 sehingga 44 tahun itu menangis dan merayu diselamatkan selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memecahkan ‘bilik neraka’ yang dihuni mereka di rumah berkenaan pada jam 2.45 petang semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, pasukan BSJ IPD Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang menyerbu rumah teres satu tingkat berkenaan selepas pihaknya menerima maklumat pemerdagangan orang di kawasan itu.

Image via NST

Katanya lagi, pihaknya terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan bagi memasuki rumah itu sebelum memecah satu lagi pintu bilik khas yang dikunci dari luar di rumah berkenaan

“Polis menemui sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia yang terkurung dalam bilik yang kecil itu dalam keadaan menyayat hati sambil menangis serta merayu untuk diselamatkan.

“Pemilik rumah, lelaki berusia 59 tahun dan wanita berusia 53 tahun yang juga suami isteri sudah ditangkap kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

hmetro.com.my

Polis menyerbu rumah tersebut selepas pihaknya menerima maklumat tentang pemerdagangan orang

Image via NST

Dilaporkan suspek wanita turut mengugut pasukan polis dan mengeluarkan kata-kata lucah ketika serbuan dilakukan.

Menurut Dev, semua mangsa dipaksa pasangan terbabit untuk membersih sarang burung bagi tujuan perniagaan

Mereka dikurung hampir tiga tahun dan tidak dibenarkan keluar dari tempat berkenaan.

Mereka juga tidak dibayar gaji dan kadangkala dipukul kedua-dua suspek jika kerja tidak memuaskan.

Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Bintulu hari ini, manakala mangsa-mangsa akan dihantar ke rumah perlindungan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: