seismik

Catat Sifar Kematian & Kadar Kes Positif Rendah, Ini Rahsia Vietnam Lawan Wabak Covid-19

Vietnam telah mengambil langkah awal dengan membuat saringan kesihatan sejak awal Januari lalu.

Cover image via Financial Times

Tahukah anda bahawa negara Vietnam tidak lagi mencatatkan sebarang kes baru koronavirus (Covid-19)?

Image via tosshub.com

Sehingga ke hari ini, 29 April 2020, jumlah kes di negara itu kekal pada jumlah 270 dengan 225 kes telah pulih. Malah apa yang lebih memberangsangkan, negara itu juga turut mencatatkan sifar kematian sejak pandemik wabak itu berlaku.

Pencapaian Vietnam itu secara tidak langsung telah mengejutkan dunia atas kebolehannya menangani wabak Covid-19.

Susulan daripada itu juga, Vietnam pada 23 April lalu telah melonggarkan langkah penjarakan sosial selepas proses kuarantin secara besar-besaran dan jejak kontak yang meluas berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara itu.

Namun, pasti ada yang tertanya-tanya apakah rahsia Vietnam berjaya mengekalkan rekod kes positif Covid-19 pada kadar yang rendah dalam masa yang singkat?

Image via Vietnamplus

Memetik laporan, terdapat empat rahsia kejayaan negara Vietnam dalam memerangi wabak Covid-19. Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa negara itu mempunyai populasi seramai 98 juta penduduk.

Justeru, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa negara ini perlu dijadikan contoh oleh negara-negara lain dalam mengatasi wabak Covid-19.

Oleh itu, ini adalah rahsia atau langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Vietnam untuk melawan wabak membawa maut ini:

1. Saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu badan

Image via Vietnamplus

Wakil dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Kidong Park berpendapat bahawa, respon segera kerajaan Vietnam yang dilakukan seawal Januari lalu telah memainkan peranan yang kritikal dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Langkah yang diambil oleh kerajaan di negara itu dalam mengimplementasi ujian serta mengeluarkan garis panduan bagi tujuan perlindungan ini telah dipuji oleh WHO.

Bukan itu sahaja, pusat-pusat saringan turut dibuka di sekitar kawasan bandar dengan penduduk di kawasan yang terdapat kes positif akan turut diuji serta diarahkan untuk berkurung di rumah masing-masing.

2. Mengumumkan perintah kawalan pergerakan

Image via Google

Sebenarnya, Vietnam merupakan negara pertama yang melarang kemasukan penerbangan asing ke negara itu. Selain itu, kerajaan negara tersebut telah mengarahkan agar warganegaranya yang pulang ke tanah air menjalani proses kuarantin selama 14 hari, begitu juga dengan warga asing yang tiba di negara itu.

Pada bulan Mac, Vietnam telah menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa lokasi bandar-bandar utama negara itu termasuk Hanoi dan Danang. Malah, perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain turut dilarang.

3. Komunikasi yang mantap dan berkesan

Image via Mediacorp

Kerajaan Vietnam telah menggunakan kaedah-kaedah yang unik bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang bahaya wabak koronavirus.

Setiap hari, akan terdapat pesanan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri dan timbalannya bagi menghebahkan peringatan dan maklumat kepada warga tempatan.

Apa yang lebih membanggakan, inisiatif itu telah bermula sejak awal Januari lagi.

4. Mendapat kerjasama rakyat tempatan

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc

Image via Berita Harian


Pesanan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang berbunyi "Setiap peniaga, setiap warganegara, setiap kawasan perumahan wajib menjadi ‘kubu’ bagi  menghapuskan epidemik ini” telah membantu membakar semangat rakyat di negara itu untuk bersama-sama menghadapi krisis ini,

Malah meskipun terikat dengan undang-undang yang ketat, rata-rata rakyat Vietnam bagaimanapun tetap akur akan tindakan kerajaan mereka.

Diharap agar negara-negara lain khususnya Malaysia turut dapat mengurangkan kadar kes positif wabak Covid-19 dan memerangi penyakit ini sebaiknya.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: