Cef Dari Sarawak Raih Pingat Gangsa Dalam Kejohanan Tapas Dunia Di Sepanyol
Hasil air tangannya itu mengangkat hidangan tradisional Sarawak ke persada kulinari antarabangsa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang cef dari Sarawak telah mengharumkan nama Malaysia selepas memenangi tempat ketiga pada 10th World Tapas Championship 2026 di Valladolid, Sepanyol
Cef Kenny Gan, yang berasal dari Miri, Sarawak, berjaya meraih kedudukan tersebut menerusi hidangan tapas yang diinspirasikan daripada 'ikan pansuh', sebuah hidangan tradisional Sarawak yang iaitu ikan yang dimasak di dalam buluh.
Pencapaian ini juga menandakan satu lagi kejayaan penting bagi Malaysia dalam pertandingan antarabangsa tersebut, menyusuli kejayaan Cef Liew Kit Kiet yang menduduki kelompok lima terbaik pada tahun lalu.



Bagi pertandingan tersebut, Chef Kenny mengolah semula hidangan tradisional itu menjadi tapa (hidangan kecil) yang boleh dinikmati dalam dua suapan, dengan menggabungkan bahan-bahan tempatan ke dalam format tapas Sepanyol
Ciptaan beliau menampilkan ikan patin liar dari Sungai Baleh di Kapit, yang diolah menjadi kroket berisi mousse ikan patin.
Beliau kemudian melengkapkan hidangan itu dengan kuah yang diinspirasikan daripada masakan pansuh, diperbuat daripada tulang ikan, kulit udang dan bunga kantan. Kuah tersebut dipekatkan menggunakan beras Bario, satu lagi bahan yang sinonim dengan Sarawak.
Hasilnya ialah satu interpretasi moden terhadap hidangan tradisional Sarawak, yang menggabungkan cita rasa dan bahan-bahan dari tanah asal untuk dinikmati oleh audiens antarabangsa.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via