"Jangan Aniaya Orang" - Tular Isu Ciplak Sambal Nyet, Khairul Aming Nekad Ambil Tindakan
100% sama ya dia tiru.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, seorang pengusaha 'Sambal Nyet Khairi' telah mengundang kemarahan ramai kerana dia dikatakan telah meniru sambal nyet berapi milik Khairul Aming
Tindakannya itu telah dikantoikan oleh seorang pengguna di laman aplikasi X apabila dia mendapati packaging dan stiker sambal itu memang persis produk Khairul Aming.
Malah, kad yang tertera bersama Sambal Nyet Khairi itu turut menunjukkan ucapannya kepada pembeli yang menyokong produk berkenaan.
"Anda menjadi dorongan yang penting bagi kami terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kegemaran di kalangan masyarakat.
"Sila kongsikan keenakan tersebut bersama rakan rakan atau famili anda, ikhlas dari pasukan SNK," katanya.
Lebih 800 unit terjual di Shopee dan lebih 2800 unit terjual di TikTok Shop
Apa yang lebih menarik perhatian, Sambal Nyet Khairi yang dianggap meniru sambal nyet Khairul Aming itu malah telah mendapat sambutan luar biasa ketika dijual di platform atas talian.
Bukan itu saja, ekoran plagiat yang dilakukan oleh pengusaha tersebut, ramai juga dilihat tersilap beli sambal nyet kerana keliru dengan produk asli daripada Khairul Aming.
Sementara itu, netizen di laman X dilihat bengang dan meminta Khairul Aming menyaman pengusaha Sambal Nyet Khairi
Terbaru, Khairul Aming telah memuat naik sebuah video memberikan respon tentang isu berkenaan dan nekad untuk ambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha Sambal Nyet Khairi
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!