Cium Al-Quran Bidaah Atau Sunnah? Ini Penjelasan Tegas Mufti Yang Perlu Anda Tahu

Difahamkan, sebahagian ulama memilih untuk meninggalkannya sebagai langkah berhati-hati.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kashoorga & Konsultasi Syariah

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbuatan mencium Al-Quran sebelum atau selepas membacanya sudah menjadi amalan yang biasa dilakukan oleh sebahagian umat Islam

Namun sejak kebelakangan ini, timbul dakwaan di media sosial bahawa amalan tersebut adalah bidaah sehingga mencetuskan pelbagai perdebatan.

Jadi, benarkah mencium Al-Quran itu satu amalan yang dilarang?

Menurut penjelasan yang dikongsikan dalam laporan Waktu Solat Malaysia, isu ini sebenarnya merupakan khilaf dalam kalangan ulama, bukannya perkara yang dipersetujui sebagai bidaah.

Ada beberapa pandangan ulama

Antara pandangan yang dikemukakan ialah mazhab Hanbali yang mengharuskan malah menganggap perbuatan mencium Al-Quran sebagai satu bentuk memuliakan kalam Allah. Pandangan ini turut disandarkan kepada riwayat bahawa Saidina Umar RA pernah mencium mushaf Al-Quran sambil menyebut ia sebagai 'perjanjian Tuhanku'.

Namun, terdapat juga ulama yang berpendapat amalan itu tidak disyariatkan kerana tiada dalil khusus daripada Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan Baginda pernah melakukannya.

Disebabkan itu, sebahagian ulama memilih untuk meninggalkannya sebagai langkah berhati-hati.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa hukum mencium Al-Quran adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama dan tidak wajar terus dihukum sebagai bidaah secara mutlak.

Sebaliknya, jika seseorang melakukannya sebagai tanda penghormatan kepada Al-Quran tanpa mempercayai ia merupakan ibadah yang diwajibkan atau disunatkan secara pasti, maka ia termasuk dalam ruang perbezaan pandangan yang diiktiraf.

Yang lebih penting daripada menciumnya

Walau apa pun pandangan yang dipegang, para ulama menegaskan bahawa perkara yang lebih utama ialah membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Menghormati Al-Quran bukan sekadar melalui perbuatan mencium mushaf, tetapi juga dengan menjaga adab ketika membacanya serta menjadikan ajarannya sebagai panduan hidup.

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: