Content Creator Dari Malaysia Kini ‘Jadi Kawan Baik’ Bintang Norway, Erling Haaland
Haaland komen kot!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pencipta kandungan tempatan berjaya menarik perhatian bintang bola sepak Norway Erling Haaland, selepas sebuah video hantarannya tular
Lim Siow Wei, yang diiktiraf dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia untuk kategori media sosial, pemasaran dan pengiklanan, dikenali dengan video panduan yang lucu, tidak masuk akal dan satira.
Dalam video yang dikongsikan semalam, 21 Julai, bertajuk 'How to Become Haaland's Friend', Lim secara berseloroh berkongsi beberapa langkah yang tidak masuk akal untuk memenangi hati penyerang Manchester City itu.
Selaras dengan gaya tersemdiri Lim, video itu penuh dengan suntingan unik yang menjadikannya kelihatan seolah-olah ia difilemkan di atas kanvas Photoshop.

Berjaya tarik perhatian Haaland menyaksikan dia meninggalkan komen pada hantaran itu hanya sejam selepas ia dikongsi
Komennya yang hanya meletakkan dua emoji telah mendapat lebih 119,000 likes dalam hantaran tersebut di Instagram.
Netizen dilihat teruja dan terkejut apabila melihat komen yang diberikan penyerang Norway terbabit, tidak menyangka Haaland berinteraksi dengan perkongsian Lim.

Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


