Burger Ayam 'Crispy' Di Bandar Sunway Ini Dijual Pada Harga RM4 Sahaja. Jom Serbu!
Memang berbaloi!
Jika sebelum ini Burger Aligot menjadi sebutan ramai, kini satu lagi rekaan burger menarik mula mencuri perhatian di kalangan para foodies iaitu Crispy Chicken Burger RM4!
Burger rekaan gerai Burger Baek yang bertempat di Bandar Sunway ini dikatakan luar biasa sedapnya. Tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup meredah queue panjang setiap malam di sini!
Apa yang membuatkan burger ini sedap? Burger yang berinspirasikan Zinger Burger ini menggunakan patty peha ayam yang digoreng hingga rangup dan dihidangkan panas-panas.
Harganya yang cukup murah juga menjadi antara tarikan untuk orang ramai mencuba burger ini. Harga di sini bermula serendah RM4 untuk Crispy Chicken Burger biasa, RM5 untuk tambahan cheese dan RM7 untuk double patty. Memang berbaloi!
Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai gerai Burger Baek di sini:
Alamat: Burger Baek, Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 6 petang - 4 pagi
No. Telefon: +6017 200 1814
Status: Halal
Nota: Servis penghantaran juga disediakan.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!