Dakwa Amir Ahnaf Kerek & Sombong, Peminat Kecewa Gara-Gara Tak Dapat Bergambar Bersama
Mungkin dia tengah penat kot time tu.
Nama pelakon Amir Ahnaf kini sedang melonjak naik sejak membintangi siri drama popular, Projek: High Council yang mencetuskan fenomena beberapa bulan lalu
Boleh dikatakan, Amir menjadi salah seorang pelakon idaman gadis-gadis di luar sana dan mempunyai banyak peminat dalam kalangan wanita.
Sikapnya yang sporting melayan peminat dan sentiasa tersenyum sering mendapat pujian ramai. Malah, bukan setakat lakonan yang bagus, tetapi pelakon ini juga turut memiliki raut wajah yang tampan sehingga digilai ramai.
Namun, baru-baru ini tular pula di laman Twitter tentang sisi lain Amir Ahnaf. Dia dikatakan kerek dan sombong kerana tidak mahu bergambar dengan seorang individu yang merupakan salah seorang peminatnya.
Lihat ciapan itu di bawah:
Cubaan untuk bergambar gagal, panggilan juga tak disahut
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @hareithfadhila, kelihatan individu itu berkongsi beberapa screenshot story daripada peminat Amir Ahnaf yang meluahkan rasa kecewa gara-gara tidak dapat bergambar dengannya.
Menurut peminat itu, tidak menyangka pelakon tersebut mempunyai sikap yang sombong selepas bertemu selesai acara di satu program nyanyian.
“Lepas habis saya dan dua rakan kemudian menunggu Amir berdekatan pentas nyanyian untuk bergambar dengannya. Dia kemudian melihat kami menunggu dan tidak menghiraukan kami serta terus berlalu pergi ke arah lif.
“Tapi masa itu masih fikir baik yang dia tak perasan kita orang. Salah satu kawan saya yang jarang meminati selebriti memang minat dengan dia sejak siri Projek: High Council,” luahnya.
Susulan tularnya ciapan itu yang kini meraih 792 retweets, 1.4K likes dan 479 quotes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!