seismik

"Dalam Gelap Pun Boleh Nampak" - Wanita Ini Kongsi Guna Security Camera Je Pantau Anak

Nak buat kerja harian di rumah juga jadi lebih mudah.

Cover image via

Seorang wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa pastinya sibuk dalam menguruskan kerja-kerja harian di rumah

Ini termasuklah memastikan rumah dalam keadaan kemas dan teratur, makan minum dijaga rapi dan menjaga anak-anak adalah antara rutin yang perlu dilalui setiap hari.

Image via giphy.com

Namun begitu, kadang kala rutin harian yang ingin dilakukan juga terganggu dek kerisauan anak kecil yang tidur.

Pastinya timbul perasaan risau dan khuatir itu ada kerana takut anak tiba-tiba bangun daripada tidur atau jatuh dari katil.

Oleh itu, seorang pengguna di laman Twitter ada berkongsikan mengenai kegunaan security camera yang dibelinya di Shopee baru-baru ini dalam membantu kerja harian di rumah

Kamera keselamatan yang digunakan wanita yang dikenali sebagai Iman ini ialah Xiaomi Mi Home Security Camera 360.

Berikut merupakan perkongsiannya ketika menggunakan kamera tersebut:

Menurutnya, dia tidak perlu risau lagi mengenai keadaan anaknya jika ingin keluar dari bilik dan hati menjadi lebih tenang dalam melakukan kerja-kerja harian di rumah.

Kamera keselamatan itu boleh dilihat menerusi telefon pintarnya saja, malah katanya lagi dia juga boleh melakukan panggilan suaranya sendiri jika mendengar anaknya menangis. Menarik bukan?

Sementara itu, terdapat juga seorang lagi pengguna Twitter yang berkongsikan pengalaman menggunakan barangan Xiaomi yang lain dibelinya untuk kegunaan dalam bilik

Baca perkongsian pemuda yang dikenali sebagai Mistas Arif ini di bawah:

Wow bestnya! Macam-macam barang yang ada boleh dibeli untuk memudahkan kerja harian kita di rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: