Dari Penjual Kereta Ke Putera Raja, Ujian DNA Sahkan Lelaki Ini Ada Darah Kerabat

Macam sinetron!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas penjual kereta, Clement Vandenkerckhove sah diiktiraf sebagai anak kepada Putera Laurent dari Belgium

Menerusi laporan BBC, Clement merupakan hasil daripada hubungan Putera Laurent, adik kepada Raja Philippe, Raja Belgium yang memerintah ketika ini, bersama penyanyi terkenal Belgium, Wendy Van Wanten atau nama sebenarnya, Iris Vandenkerckhove.

Lelaki berusia 26 tahun itu secara rasmi telah diterima sebagai anggota keluarga diraja dalam satu upacara di dewan bandar raya, kira-kira enam bulan lalu.

Butiran mengenai upacara berkenaan baru didedahkan kepada umum, tetapi pengiktirafan itu sudah dimuktamadkan secara rasmi mengikut undang-undang.

Walaupun kini bergelar putera, Clement tidak akan menerima sebarang elaun diraja daripada kerajaan.

SAYS.com

Prince Laurent (kanan) pernah menjalinkan hubungan bersama Wendy Van Wanten (kiri)

Image via CNN

Ambil masa beberapa tahun untuk membiasakan diri status kerabat diraja

Clement baru-baru ini berkata, dia masih belum pasti sama ada mahu menggunakan nama keluarga bapanya, Saxe-Coburg ataupun tidak.

"Saya mungkin mahu berbuat demikian tetapi saya bangga dengan nama Vandenkerckhove. Jika saya mengorbankan nama keluarga itu, ia seperti mengkhianati segala yang sudah dilakukan ibu untuk saya" katanya.

Clement juga tidak akan berada dalam senarai pewarisan takhta Belgium, berbeza dengan adik-beradiknya, Puteri Louise, Putera Aymeric dan Putera Nicolas. Dia juga tidak akan terbabit dalam sebarang aktiviti rasmi keluarga diraja.

Clement sudah dikenali ramai dalam kalangan rakyat Belgium selepas kisahnya menjadi topik sebuah dokumentari televisyen Flemish terbitan VTM pada September lalu yang memaparkan bagaimana beliau mula mengenali bapanya.

SAYS.com

Clément Vandenkerckhove (kanan) bersama bapanya, Prince Laurent.

Image via Clément Vandenkerckhove (Instagram)

Padanan tinggi pada DNA sahkan pertalian darah

Putera Laurent pernah menjalinkan hubungan dengan Wendy sebelum berkahwin dengan Puteri Claire pada 2003.

Menerusi dokumentari itu, Clement menceritakan pertemuan tidak disengajakan dengan Putera Laurent di sebuah pusat beli-belah pada 2013 tanpa menyedari identiti sebenar lelaki berkenaan, sebelum ibunya kemudian mendedahkan rahsia itu kepadanya ketika beliau berusia 16 tahun.

Selepas memberanikan diri menghubungi dan bertemu bapanya secara bersemuka, Putera Laurent mencadangkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat di hospital yang kemudian mengesahkan padanan sebanyak 99.5 peratus sekali gus mengesahkan hubungan biologi antara mereka.

Perkembangan itu mengingatkan kepada kes bekas Raja Albert II yang turut mengiktiraf anak perempuannya, Puteri Delphine, selepas melalui pertikaian di mahkamah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS