Dengan Kuasa Viral, Wanita Ini Berjaya Menemui Pemilik Asal Wang Kertas RM10 Ini
Di atas wang kertas tersebut tertulis tarikh terakhir pemilik menerima wang itu daripada arwah ayahnya.
Pada 30 November 2019, satu perkongsian di laman Facebook telah tular di mana seorang wanita iaitu Hyza Ezany sedang giat mencari pemilik asal wang kertas RM10
Dalam perkongsian Facebook tersebut, dia menulis bahawa dia sedang mencari pemilik sebenar wang kertas RM10 yang terakhir diberikan oleh ayah pemilik pada 21 Mei 2010 iaitu kira-kira 10 tahun lalu. Dia ingin memulangkan kembali wang kertas itu secara percuma jika berjaya menjumpai pemiliknya.
Menurutnya lagi, dia berasakan sebak dengan penulisan yang tertera di atas wang kertas tersebut. Mungkin ianya adalah satu-satunya peninggalan oleh seorang ayah buat seorang anak.
Perkongsian tersebut tersebar luas dan berjaya meraih 24 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:
Sedih pula bila baca penulisan di atas wang kertas ini.
Warganet turut berharap supaya wang tersebut dapat dikembalikan kepada pemilik asal