Depani Inflasi Global, Usahawan Digesa Perkukuh Strategi Pemasaran & Kesiapsiagaan Perundangan
KPDN gesa usahawan untuk perkukuh strategi mendepani ketidaktentuan ekonomi global.
Cover image via KNKV Group (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Strategi pertumbuhan dan daya tahan usahawan menjadi agenda utama dalam program Seven Mega Growth Strategies 2026 yang menghimpunkan tokoh korporat, pemain industri, serta wakil diplomatik asing di ibu negara hari ini
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Turut hadir ialah Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, serta Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Prof. (Adjung.) Hj. Adam Richman.
Dalam ucapannya, Datuk Dr. Fuziah menegaskan bahawa usahawan kini berhadapan dengan cabaran kompleks merangkumi tekanan inflasi, geopolitik, dan peningkatan kos operasi. Beliau menekankan bahawa pengurusan risiko dan kesiapsiagaan perundangan kini sama pentingnya dengan aspek operasi dan jualan.
"Dalam dunia yang terlalu kompetitif hari ini, visibility adalah survival. Jenama yang terus relevan dan dilihat akan terus dipercayai pengguna. Sebab itu usahawan perlu memahami kepentingan pemasaran strategik dan jaringan kolaborasi," ujar beliau.

Komitmen KPDN terhadap kos sara hidup
Selain memperkasa ekosistem perdagangan, Datuk Dr. Fuziah turut mengumumkan sasaran KPDN bagi tahun 2025 untuk melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI di seluruh 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Program ini akan dijalankan dengan kekerapan minimum dua kali sebulan bagi memastikan rakyat terus mendapat akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan.
Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, menyifatkan platform ini sebagai ruang kritikal untuk syarikat tempatan membina networking berkualiti. Nada yang sama dikongsi oleh Hj. Adam Richman yang menyatakan bahawa positioning jenama adalah elemen kunci untuk kekal kompetitif.
Program ini turut memuatkan sesi perkongsian pakar mengenai:
- Pengembangan Perniagaan & Pengukuhan Jenama
- Kerjasama Antarabangsa & Eksport
- Kesiapsiagaan Undang-Undang Perniagaan
Penganjuran ini membuktikan sinergi antara sektor swasta dan kerajaan adalah pemacu utama dalam melahirkan usahawan Malaysia yang berdaya tahan di peringkat global.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


