seismik

"Dia Goncang Badan & Ketuk Kepala Adam" - Aduan Dari Kanak-Kanak Bawah Jagaan Suspek

Selain dari Adam Rayqal, suspek juga turut mengasuh dua orang kanak-kanak lain.

Cover image via Media MB Terengganu

Laporan terkini telah mendedahkan bahawa suspek sebenarnya telah menggoncang badan dan mengetuk kepala arwah Adam Rayqal sehingga bayi itu mengalami kecederaan serius di kepala

Image via Facebook

Berita ini telah diberitahu oleh Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36, bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga Adam.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Zian memberitahu bahawa kedua-dua anaknya, Ahmad Zayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh yang sama sejak dua minggu lalu.

Ketika isterinya, Norita Abdul Wahab, 40, menjemput anak mereka untuk pulang dari rumah pengasuh tersebut, suspek langsung tidak kelihatan resah atau bingung tentang apa yang berlaku

"Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya pada pagi semalam.

"Sebaik bangun dari tidur kira-kira 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu. 

Anaknya memaklumkan bahawa dia melihat suspek menggoncang badan serta mengetuk kepala Adam kerana asyik menangis sejak pagi sebelum Adam tiba-tiba senyap.

Mereka berdua mengenali suspek melalui laman Facebook kerana suspek sering mempromosikan dirinya sebagai seorang pengasuh

Zian juga menambah bahawa dia serta isteri telah bersetuju untuk menggunakan khidmat wanita itu dengan upah sebanyak RM650 sebulan bagi mengasuh kedua-dua anaknya itu.

"Sepanjang tempoh itu, anak-anak tidak pernah mengadu apa-apa mengenai pengadu. Malah, Zayyan memaklumkan wanita itu kerap memberi mereka makan nasi ayam sehingga saya perasan ada peningkatan pada berat badan anak-anak."

Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan takut pada masa sama kerana kejadian itu boleh terjadi kepada anak-anak saya," kata Zian.

Suspek pertama.

Image via Facebook

Dua wanita direman tujuh hari bermula hari Rabu, 4 Julai bagi membantu siasatan kes Adam Rayqal yang ditemui mati di rumah pengasuh.

Lihat klip penuh wajah suspek di bawah:

Posted by Izz Mas on Wednesday, July 4, 2018

Al-Fatihah kepada arwah adik Adam Rayqal.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca berita penuh tentang arwah Adam Rayqal:

You may be interested in: