seismik

Didik Anak Lebih Hargai Ilmu, Guru Ini Bagi Teguran Pedas Buat Ibu Bapa Yang Materialistik

Prioritise the necessities!

Cover image via Harian Metro & Mahfodz WAn

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, lebih lima juta pelajar mula kembali ke sekolah secara berperingkat dengan murid prasekolah dan sekolah rendah telah memulakan sesi persekolahan mereka bermula sejak awal bulan Mac lalu

Dalam pada itu, ibu bapa dan pihak sekolah juga telah melakukan persediaan bagi menerima semula kehadiran pelajar.

Kedai-kedai yang menjual pakaian dan peralatan sekolah juga menjadi tumpuan orang ramai selepas Kementerian Pendidikan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang guru meluahkan pandangannya di laman media sosial Facebook miliknya mengenai segelintir ibu bapa yang bersikap 'materialistik' terhadap anak-anak mereka.

Berikut di bawah adalah posting penuh yang dimuat naik guru berkenaan:

Dah seminggu masa berlalu, ada ibu bapa masih belum sediakan kelengkapan buku untuk anak mereka untuk belajar

Menurut Mahfodz Wan, beliau mengingatkan kepada semua ibu bapa, supaya tidak memberi 'ajaran' yang salah kepada anak-anak mereka.

Hal ini kerana walaupun sudah seminggu sesi persekolahan berlangsung, ada segelintir ibu bapa mengambil sikap mudah tidak menyediakan buku latihan dan buku menulis untuk anak-anak mereka.

"Tolonglah jangan bagi ajaran salah. Bag Smiggle RM100++, pencil box smiggle RM75++ , takkanlah buku tak boleh beli, tak boleh bawa dan tak boleh sediakan.

"Dah seminggu masa berlalu. Workbook RM17 ja beli kat Pustaka Rakyat. Writing book RM2. Itu pun boleh pakai yang tahun lepas.

"Kalau takda stok itu saya boleh terima lagi. Insya-Allah boleh consider lah. Ajar anak anda prioritise the necessities!," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via KZ Vinades (Facebook)

Didiklah anak untuk menghargai ilmu, bukannya materialistik. Asuhan terbaik bermula dari rumah!

Jelas Mahfodz Wan, beliau tiada masalah jika buku kerja sekolah tersebut ketiadaan stok tetapi dalam situasi yang diceritakan beliau itu stok buku tersebut ada di kedai. Malah, buku latihan juga ibu bapa berkenaan tidak dapat sediakan untuk anak mereka.

Susulan daripada posting yang dimuat naik oleh guru itu, ianya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengenai isu berkenaan.

Malah, ada juga yang meminta pihak sekolah supaya memantau stok buku kerja atau latihan murid-murid di kedai buku bagi memastikan stok buku tersebut terus ada untuk pihak ibu bapa membelikan untuk anak-anak mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah pun meraih lebih 114 likes, 60 comments dan 6 shares di Facebook.

Berikut di bawah antara komen netizen di Facebook miliknya:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: