Digitalisasi Berjaya Kurangkan Masa Menunggu Pesakit Daripada 3 Jam Kepada Sejam – KKM

Difahamkan, 81% pesakit dapat berjumpa pegawai perubahan dalam tempoh 60 minit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & TV Sarawak

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendigitalan sistem kesihatan awam menerusi penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) dan aplikasi MySejahtera berjaya mengurangkan tempoh menunggu pesakit

Menurut laporan daripada Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib mengatakan sebelum pelaksanaan Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS), tempoh menunggu untuk pesakit berjumpa pegawai perubatan boleh mencecah sehingga tiga jam mengikut jumlah kehadiran pesakit dan beban kerja.

"Selepas pelaksanaan CCMS, 81 peratus pesakit dapat berjumpa pegawai perubatan dalam tempoh 60 minit.

"Sementara baki 19 peratus menerima rawatan dalam tempoh antara 60 hingga 90 minit bergantung kepada tahap kes dan beban kerja klinik,"
katanya.

Kenyataan ini telah dibuat ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai keberkesanan inisiatif digitalisasi sistem kesihatan awam seperti MySejahtera dan rekod kesihatan elektronik bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

SAYS.com

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib

Image via Berita Harian

MySejahtera turut memainkan peranan penting menyediakan akses tempahan bagi 18 jenis perkhidmatan

Menurut Datuk Hanifah, MySejahtera telah memainkan peranan penting dalam menyediakan akses tempahan untuk 18 jenis perkhidmatan di klinik kesihatan dan klinik pergigian dimana lebih 29 juta transaksi temu janji telah direkodkan setakat ini.

SAYS.com
Image via Utusan

"MySejahtera kini berjaya mengintegrasikan rekod kesihatan jutaan rakyat Malaysia, termasuk 30 juta rekod vaksinasi, 12 juta rekod preskripsi ubat, lima juta rekod pergigian, lima juta rekod saringan kesihatan dan satu juta ringkasan lawatan klinik.

"Inisiatif ini memudahkan akses kepada rekod kesihatan, mempercepatkan proses rawatan dan meningkatkan kesinambungan penjagaan pesakit antara fasiliti kesihatan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan,"
tambah beliau.

KKM akan meneruskan agenda pendigitalan kesihatan dengan menggantikan sistem sedia dengan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh (THIS).

Digitalisasi 20 hospital secara berfasa akan dilaksanakan dalam 12 bulan akan datang termasuk maklumat makmal, pengimejan, tabung darah dan farmasi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: