"Doakan Akak Dapat Zuriat" - Rider Ini Berbelah Bahagi Terima Tip RM1K Daripada Pelanggan
Murah rezeki dia.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap dalam rumah tangga
Soal anak ini sudah ditentukan oleh Allah SWT, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berdoa. Akan tetapi, semuanya telah diaturkan bergantung atas rezeki masing-masing.
Sama juga seperti cerita yang tular baru-baru ini di Facebook apabila seorang rider telah berkongsi tentang permintaan pelanggannya yang membuatkan ramai tersentuh hati.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
Terkejut dapat 'tip' yang begitu banyak daripada pelanggan
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faris itu memberitahu dia sangat terkejut dengan rezeki yang diberikan oleh pelanggannya itu.
Namun, dalam masa yang sama dia juga meluahkan rasa terharu dan sedih kerana permintaan pelanggannya itu yang meminta agar dia mempunyai zuriat sendiri.
Menurut sumber, dia telah menerima sampul berisi wang RM1,000 daripada seorang pelanggan wanita berkenaan.
Tambahnya, itu bukan kali pertama dia menerima tip daripada pelanggan tetapi jumlah diterima kelmarin adalah yang paling banyak sejak bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa awal tahun lalu.
"Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka"
"Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ", katanya.
Dia juga ada menghubungi semula pelanggan tersebut kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya, tetapi rupa-rupanya pelanggan berkenaan memang berniat memberikannya wang sebanyak itu.
"Moga mendapat cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Murah rezeki akak tu" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut tersentuh dengan permintaan pelanggan tersebut.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar wanita itu mempunyai zuriat sendiri satu hari nanti dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 1.9K likes, 324 comments dan 659 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Facebook: