seismik

[VIDEO] Balut Kasut Isteri Dengan 'Plastik' Sebab Hujan, Suami Ini Terima Pujian Ramai

Pandai dia jaga isteri.

Cover image via @auroraa311 (TikTok)

Kehidupan berumah tangga pastinya akan melalui pelbagai cabaran dalam mengekalkan sesuatu hubungan

Jika anda mendapat pasangan yang boleh bersusah senang bersama hargailah mereka, kerana tidak semua kehidupan berumah tangga itu sentiasa indah.

Seperti seperti video pasangan ini yang tular di TikTok apabila si isteri meluahkan betapa dia sangat bersyukur kerana memiliki suami yang sangat menghargainya

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami balut kasut isteri sebab risau basah terkena hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan si suami sanggup pergi ke kedai runcit berhampiran rumah untuk mengambil plastik sebelum membalut kasut isterinya.

Tujuan dia melakukan itu adalah kerana tidak mahu kasut isterinya basah terkena hujan ketika berjalan menuju ke tempat kerja.

Apa yang lebih manis, pasangan ini kelihatan sangat sweet walaupun dilihat berada dalam keadaan yang bersederhana.

"Perempuan akan jadi queen dengan lelaki yang tepat" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa kebahagiaan pasangan tersebut dan mendoakan mereka.

Malah, ada yang berharap agar bakal suami masing-masing juga akan menghargai mereka seperti mana lelaki itu menghargai isterinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 9,567 likes, 202 comments dan 39 shares di TikTok.

Suka tengok lelaki yang pandai menjaga hati isteri ni. Semoga kita semua mendapat jodoh yang terbaik :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: