Dr Dzulkefly Kongsi 'Tweet Terakhir' Sebagai Menteri Kesihatan Undang Sebak
"Tweet terakhir saya sebagai YBMK. Terima kasih!"
Berita kekecohan penukaran kerajaan yang kini membanjiri media sosial walau bagaimanapun tidak menghalang Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menjalankan tugasnya
Menurut perkongsian tweet yang ditulis sendiri oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dia memberitahu khabar gembira tentang kes perkembangan Pelaksanaan Survelan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19).
"Alhamdulillah hari ini dua lagi kes pesakit Covid-19 yang melibatkan dua orang warga China, iaitu kes ke-14 & kes ke-19 yang dirawat di HKL telah disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj.
"Tiada kes baru dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kekal 22. Bersama kita doakan lagi dua kes yang masih dirawat di Hospital dan berada dalam keadaan stabil juga kembali sembuh dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga," jelasnya.
Di bawah merupakan reaksi warganet mengenai perkara ini:
"Tweet terakhir saya sebagai Menteri Kesihatan. Terima kasih!"
Apa-apa pun, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Dzulkefly di atas segala bakti dan komitmen yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia selama dua tahun.
Selamat Maju Jaya!