DSV Hadiahkan Cik B Kereta Lamborghini Bernilai RM1.6 Juta Sempena Hari Lahir

Difahamkan, kenderaan mewah itu dibeli secara tunai oleh Vida.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Vida membuat kejutan menghadiahkan kereta mewah sempena ulang tahun ke-21 anak perempuannya, Cik B

Menerusi video perkongsian di TikTok, Cik B dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat kejutan hadiah pemberian ibunya itu.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, kereta mewah Lamborghini Urus berwarna hitam dan kuning itu dianggarkan bernilai sekitar RM1.6 juta serta telah dibeli secara tunai.

SAYS.com
Image via @datoserividaofficial (TikTok)

Kejutan dilakukan selepas sahaja selesai persembahan sebuah program realiti di stesen tv swasta

Cik B kemudiannya dilihat memeluk ibunya sebelum mereka bersama memotong sebiji kek berbentuk kereta yang diterimanya terbabit.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen memuji tindakan Vida yang tidak berkira dengan anak sendiri selain mengucapkan tahniah dan selamat hari lahir kepada Cik B.

Lihat video tersebut di bawah:

@datoserividaofficial

Hadiah paling special kereta idaman cikb dari dulu. Happy belated birthday cikb ANAK MAMA YANG HEBAT 🥰❤️ #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #cikb #ttmm2

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS